Ahad, 31 Mac 2019

Perkara yang perlu dielakkan Ketika Hamil

Apakah yang perlu dielakkan jika kalian disahkan mengandung?

Untuk menjaga kandungan supaya berada dalam keadaan sihat dan baik sepanjang proses kehamilan, beberapa perkara perlu diambil berat oleh ibu yang sedang hamil dan juga pasangan.

1. Elakkan mengangkat barang atau bebanan yang berat. Jika dilakukan akan menyebabkan ibu-ibu cepat penat.

2. Elakkan berada dalam keadaan stress, sering menangis atau emosi tidak stabil setiap masa. Keadaan negatif seperti ini akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.

3. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Untuk mengelakkan otot tegang, pinggang sakit, terseliuh atau terjatuh.

4. Ibu yang sedang hamil dilarang untuk makan ubat sebarangan.  Perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak beri kesan kepada bayi dalam kandungan

5. Ibu hamil juga perlu menjaga kandungan dengan baik, tidak terlalu aktif bergerak atau lakukan aktiviti yang berisiko tinggi untuk elak sebarang masalah pada bayi di dalam kandungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan