Isnin, 29 April 2019

Ikan Singgang Menu Pantang

Jom cuba resipi ikan selar singgang khas untuk ibu berpantang. Pantang ni kita memang kena betul-betul berpantang. Tak boleh makan pedas, makan berminyak, goreng-goreng. Kebanyakkannya menu rebus-rebus belaka.

Ikan selar singgang ini mudah dimasak. Para suami yang nak masakkan untuk isteri juga boleh

Bahan-bahan :

Beberapa ekor ikan selar
Bawang besar
Bawang putih
Halia (bagus untuk buang angin dalam badan)
Asam keping (bagus untuk mengecutkan urat dan rahim)
Perasa

Image result for gambar ikan singgang untuk orang berpantang

Cara-cara :

1. Bersih dan siang ikan

2. Potong bawang, halia secara halus.

3. Letak periuk atas dapur dengan secawan air. Masukkan ikan, bawang dan halia yang sudah dipotong. Adam keping. Biarkan semua bahan masak atas dapur.

4. Masukkan bahan perasa.

5. Siap dimasak boleh hidang.

Sedapkan. Mudah dan cepat pula tu. Selamat mencuba!

Ubat Periuk

Kalian pernah dengar tak ubat periuk. Zaman dulu-dulu, orang tua berpantang selepas bersalin ramai yang gunakan ubat periuk ini untuk merawat kesihatan dalaman.  Ubat periuk ni sememangnya sesuai diamalkan oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk proses memulih mengecutkan rahim, memberi kesegaran kepada tubuh badan supaya lebih bertenaga.


Image result for ubat periuk


Ubat periuk mengandungi ramuan dan herba terpilih.  Ia tidak sesuai diminum oleh wanita hamil, menyusukan anak, sakit kronik atau kanak-kanak bawah usia 15 tahun. Tapi ubat periuk ini boleh diambil oleh anak dara, suami isteri, wanita yang berpantang, haid yang tidak lancar, orang tua yang uzur dan sakit-sakit sendi.

Image result for ubat periuk

Cara pengambilannya :

1. Rebus terlebih dahulu sepeket ubat periuk. Rebus hingga mendidih.(Perlu rebus kesemuanya)

2. Minum secawan 2 kali. Pagi dan petang. Boleh panaskan jika tak habis air rebusan ubat periuk ini untuk diminum kali kedua

3. Lebihan air rebusan dalam periuk dibiarkan sahaja dalam periuk untuk dipanskan keesokkan harinya. Jangan dibuang. Jika air kurang, boleh tambah.  Boleh terus minum hingga beberapa hari sehingga hilang rasanya.

4. Setiap kali hendak minum, panaskan air periuk. 

Minum kali pertama rasanya memang pahit. Kali kedua, ketiga dan seterusnya akan rasa lebih ok berbanding kali pertama. 


Sabtu, 27 April 2019

Penutup Pantang

Pernah dengar atau tidak penutup pantang. Orang dulu-dulu memang sudah mengamalkan penutup pantang ini. Ia merupakan sesi rawatan dan urutan akhir untuk ibu yang sudah habis berpantang, dalam tempoh 40, 60,90 atau 100 hari. Tapi rawatan ini juga mengikut adat dan tempat mereka.

Zaman sekarang, sudah ramai juga tukang urut bersalin yang menyediakan pakej penutup pantang.  Dan sudah timbul kesedaran pada ibu-ibu yang berpantang, selepas sahaja hampir tamat tempoh mereka pantang, mereka akan mendapatkan rawatan penutup pantang ini.

Rawatan penutup pantang ini perlu dilakukan untuk mengelakkan angin jahat memasuki tubuh badan dan mengelak sebarang gangguan jin atau makhluk halus. Tambah pula, ketika berpantang ibu-ibu berada dalam keadaan berhadas besar.

Kenapa rawatan penutup pantang ini penting dilakukan :

1. Untuk rawatan akhir dan sebagai tanda sudah tamat tempoh pantang bersalin.

2. Untuk memberi lebih kesegaran tubuh badan kepada ibu yang baru lepas bersalin. Mencantikkan kembali tubuh badan mereka.  Fokus lebih pada kecantikan tubuh badan, bahagian punggung, payudara dan rawatan vagina.

3. Untuk memastikan ibu-ibu telah benar-benar sihat untuk mula melakukan aktiviti harian dan mula bekerja.

4. Selain itu, untuk memastikan rahim dan peranakan telah mula kecut, berada pada kedudukan yang betul dan darah nifas telah habis keluar sepenuhnya.

Apa yang penting sebenarnya, proses rawatan penutup pantang ini untuk memberi lebih kesegaran dan keyakinan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk kelihatan cantik semula, hilang dari stress, kepenatan sepanjang tempoh bersalin dan berpantang dan juga untuk buang segala angin dalam tubuh badan.



Jika ada yang mahu dapatkan pakej rawatan penutup pantang ini, boleh juga hubungi Kak Ros.
(011-23726123)

Ahad, 21 April 2019

Makanan Sunnah Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum semua. Salam hujung minggu.

Hari ini Kak Ros mahu berkongsi tentang amalan pemakanan sunnah yang sangat baik diamalkan, terutamanya oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Atau yang merancang untuk hamil.

Makanan sunnah merupakan makanan yang menjadi makanan amalan oleh Rasulullah s.a.w.  Penting untuk kita menjaga pemakanan yang membawa maksud kita menjaga tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.  Sumbernya pula mestilah daripada rezeki yang halal dan berkat, barulah makanan yang kita beli dan ambil juga diberkati.

Selain itu, makanan sunnah ini untuk kita menjaga tubuh badan supaya lebih sihat, otak lebih cergas dari segi mental, rohani dan jasmani.  Tubuh badan yang sihat, mampu untuk melahirkan insan yang sihat fikiran dan emosi.

Makanan sunnah juga mempengaruhi tumbesaran dan pertumbuhan janin dalam kandungan ibu hamil yang mengamalkannya. Antara makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil ialah :

   Image result for gambar jus delima  

1. Jus pati delima - Buah delima baik untuk sistem penghadaman, dada, paru-paru, meningkatkan stamina, dan mengatasi masalah jantung.  Buah ini mengandungi vitamin A dan C, zat besi, dan kalsium.  Ia bukan sahaja baik diamalkan sebagai makanan kesihatan tapi baik juga untuk ibu-ibu yang sedang hamil.  Jus delima mengandungi "potassium" yang dapat mengelakkan kejang kaki yang sering dialami oleh ibu hamil.  Ia juga sebagai vitamin dan makanan tambahan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.




Image result for buah kurma
2. Buah kurma - Buah kurma memang tak asing lagi, terutamanya dimakan oleh orang Islam ketika berbuka puasa bulan Ramadan.  Buah ini manis dan mengandungi mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan tubuh badan kita. Makan 3 biji buah kurma ketika waktu bersahur juga sudah memberi kita tenaga di siang hari.


Oleh itu, ibu-ibu hamil juga perlu mengamalkan memakan buah kurma ini setiap hari untuk memberi lebih tenaga, dan juga serat vitamin untuk pertumbuhan otak bayi.

Rasulullah bersabda, "Berilah makan kurma pada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil memakan kurma, nescaya anak yang bakal lahir akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."





3.  Minyak zaitun juga merupakan makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu hamil yang dapat membantu mengawal kolestrol, kesihatan jantung, tekanan darah dan sistem imunisasi tubuh badan ibu hamil. Kandungan asid linoleik dalam minyak zaitun adalah sama dengan susu ibu. 

4. Kismis merupakan buah anggur yang mengandungi vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Flavoid ini adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas.  Selain kaya dengan vitamin kismis mampu meningkatkan penumpuan dan memori. 

Image result for kismis
Kismis juga boleh merawat masalah anemia, iaitu kurang darah. Ibu-ibu hamil yang alami masalah kurang darah boleh mengamalkan kismis sebagai makanan tambahan. 

Ibu-ibu hamil, amalkanlah makanan yang berkhasiat terutamanya makanan sunnah yang banyak khasiat. Bukan sahaja untuk kesihatan ibu, tapi bayi dalam kandungan.

Ahad, 14 April 2019

Makanan Yang Perlu Dielak Pada Awal Kehamilan

Bila sahaja tahu mengandung, pasti banyak yang perlu kita jaga dan kawal terutamanya bahagian pemakanan. Biasa tak kalian ibu-ibu yang baru hamil dapat pelbagai nasihat dari keluarga atau rakan terdekat. Tambah pula pasti mak-mak kita bagi nasihat jangan makan itu, jangan makan ini.

Kak Ros kongsikan antara makanan yang perlu dielakkan di awal kehamilan ialah



1. Nenas. Elakkan memakan nenas di awal kehamilan. 3 bulan pertama.









2. Tebu.  Air tebu atau tebu juga perlu dielakkan. Orang kata air tebu ni biasanya tajam 





  

3. Tapai kerana ia masam dan proses pembuatannya diperam.

4. Jeruk-jeruk. Biasa ibu hamil suka makan jeruk kan. Tapi untuk awal kehamilan, elakkan memakan jeruk
kerana mungkin ada dalam jeruk buahan tersebut bercampur dengan buah yang kita perlu elak makan ketika di awal kehamilan. 

         



5. Ikan bersengat seperti keli, ikan patin.

Puasa dan Ibu Hamil

Alhamdulillah, sudah nak masuk Ramadan bulan depan. Kak Ros doakan semoga ibu-ibu hamil terus kuat semangat untuk berpuasa, sebulan dalam bulan Ramadan ini. Tapi jika ada masalah kesihatan, rasa tak sihat atau risau bayi dalam kandungan, kalian diharuskan berbuka.

Mesti ramai ibu-ibu hamil yang rasa syukur sangat jika dapat berpuasa penuhkan. Kadangkala rasa seronoknya kerana tak perlu ganti puasa yang ditinggalkan. Tapi, jika rasa tak larat tak perlulah paksa diri kita. Bimbang masalah kesihatan lain pula timbul. Jika rasa larat dan boleh puasa, adalah lebih baik ibu-ibu berpuasa.

Ibu hamil yang berada pada peringkat awal kehamilan atau dikenali sebagai trimester pertama jika alami masalah mabuk yang teruk, hingga hilang tenaga maka digalakkan berbuka puasa. Biasanya ketika ini, ibu akan mengalami masalah alahan yang agak teruk hingga menyebabkan kurang tenaga dan tidak bermaya. Jangan paksa diri berpuasa jika tidak larat. Diri kita yang lebih tahu, kita larat berpuasa atau tidak. Tak perlulah risau, lepas bersalin dan habis pantang kalian boleh gantikan semula puasa yang ditinggalkan itu.

Dalam Islam juga ada dinyatakan hukum bagi ibu hamil yang meninggalkan puasa.  Seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, mereka memutuskan bahawa wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak yang berbuka puasa ini berada dalam 2 keadaan iaitu :

i. Kalau semata-mata bimbangkan diri sendiri, boleh berbuka puasa dan digantikan sahaja.

ii. Kalau kasihankan janin dan anak yang disusukan, maka bolehla dia berbuka dan membayar fidyah.


Walau bagaimanapun, bagi wanita yang sedang hamil jika berpuasa ikut dan patuhilah arahan yang diberikan doktor.  Ambil vitamin dan makan makanan yang seimbang secukupnya.  Minum air secukupnya, dan bersahur. Patuhi panduan penjagaan makanan dan keadaan kesihatan anak dalam kandungan.

Bulan Ramadan yang datang membawa seribu rahmat pada semua, bukan membebankan umatnya. Jadi janganlah ibu-ibu hamil rasa terbeban dengan kefardhuan daripada Allah swt ini.


Kak Ros
Penjaga Pantang.