Ahad, 30 Jun 2019

Pakej Berpantang 7 Hari

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Terima kasih Puan Nurul kerana dapatkan servis berpantang dari Kak Ros.


Bagi yang mahu dapatkan servis ini boleh hubungi Kak Ros Pantang (www.wasap.my/601123726123)

Testimoni Pakej Berpantang Selepas Bersalin

Image may contain: 3 people, people smiling

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Terima kasih kerana mengambil pakej berpantang dengan Kak Ros. 
#pakejpantangibuselepasbersalin

Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Image result for ikan tenggiri kukus lada hitam
Gambar : Carian google


Bahan-bahan : 

1. Beberapa potong ikan tenggiri yang sudah dibersihkan

2. Halia diracik halus

3. 2 ulas bawang putih diracik halus

4. Seulas bawang merah diracik halus

5. Beberapa biji lada hitam ditumbuk

6. Sebiji lemon

7. Sos tiram

Cara-caranya :

1. Semua bahan digaul dengan ikan dan dimasukkan dalam bekas untuk dikukus.

2. Tutup bekas dengan aluminium foil

3. Masuk bekas ikan dalam pengukus.  

Kukus lebih kurang 15-20 minit.  Boleh hidang bila sudah masak. Boleh dimakan dengan nasi panas. 

Sabtu, 29 Jun 2019

Kebaikan Lada Hitam

Lada hitam sejenis rempah ratus yang sangat penting dalam dunia masakan. Lada hitam sangat banyak kegunaanya untuk memasak. Lada hitam juga sangat sesuai digunakan untuk masakan ibu yang sedang berpantang.

Image result for gambar lada hitam

Lada hitam mengandungi vitamin C, Vitamin A, Flavoid, dan pelbagai kandungan antioksidan yang membantu menentang radikal bebas dan mencegah penyakit. Kandungan piperine dalam lada hitam membantu mencegah kanser. 

Selain itu, dapat membantu mengurangkan angin dalam badan, kembung perut, sebu.  Lada hitam juga bersifat panas dan pedas.  Jika dicampur dalam sup, dan dimakan ketika panas mampu meredakan selsema dan demam. 

Lada hitam juga boleh dimakan oleh ibu dalam pantang. Lada hitam yang dicampur dengan halia yang digaul dengan ayam panggang memang sedap sekali. Atau boleh juga campurkan lada hitam dalam ikan kukus. Memang enak. Bila makan, ibu akan mudah berpeluh secara tak langsung akan menjadikan tubuh badan ibu berpantang lebih segar. 

Ayam Masak Halia

Resipi mudah untuk ibu berpantang, boleh cuba Ayam Masak Halia

Image result for gambar ayam masak halia ibu berpantang
(Sumber gambar : Carian google)

Bahan-bahan : 

1. Beberapa ketul ayam dipotong kecil
2. Halia diracik halus
3. 2 ulas bawang putih dicincang halus
4. Minyak Zaitun


Cara-caranya : 

1. Tumis bawang putih dan halia dalam minyak zaitun

2. Masukkan ayam dan masak hingga empuk isi

3. Letak perasa garam, sos tiram dan lada hitam

Boleh hidang bila sudah masak. 

Sup Ayam Untuk Ibu Berpantang

Kak Ros kongsikan menu ringkas untuk ibu berpantang, sup ayam yang tak perlu tumis. Kalau tumis akan guna minyak. Ibu hamil tidak digalakkan makan makanan berminyak.

Image result for sup ayam ibu berpantang
(Gambar : Carian google)

Bahan-bahannya : 

1. Beberapa ketul isi ayam
2. Bawang putih 2 ulas 
3. Bawang merah seulas 
4. Sup bunjut 
5. Kentang 2 biji potong kecil
6. Carrot potong kecil
7. Seinci halia 
8. Daun sup untuk hiasan

Caranya : 

1. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk.

2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bawang yang telah ditumbuk bersama dengan sup bunjut

3. Masukkan ayam, kentang dan carrot ke dalam periuk. Masak hingga benar-benar masak. 

Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan dengan daun sup

Ikan Haruan Untuk Ibu Dalam Berpantang

Salah satu cara untuk menyembuhkan luka-luka dalaman semasa proses bersalin ialah dengan mengamalkan makan ikan haruan ketika dalam berpantang.

Ikan haruan ini dipercayai boleh menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Pernah tak kita dengar orang yang luka dalaman, luka akibat pembedahan atau luka yang seirius disuruh makan sup ikan haruan.  Ini adalah kerana ikan haruan dapat membantu menyembuhkan luka tersebut. 

Begitu jugalah ia sesuai untuk ibu yang dalam tempoh berpantang. 

Khasiat yang terkandung dalam ikan haruan ini  dapat membantu menyembuhkan luka, selain untuk pembentukan kolagen.


Dalam satu artikel lain, Kak Ros kongsikan di sini :

"Jika berpantang janganlah makan ikan haruan atau pati apa-apa.  Kerana ikan haruan ini akan membuatkan rahim kita melekit dan terlekat. Bersalin secara czer, lama duduk dalam bilik operation kerana perlu buang lendir-lendir yang ada. Juga akan sebabkan kesan sampingan lain." (www.hasrulhassan.com) 


Cara pengambilan ikan haruan atau pati haruan ini perlulah selepas 2 - 3 minggu selepas bersalin.  Bukannya pada awal waktu selepas bersalin, kerana ketika itu sistem badan belum betul-betul sembuh.


Walaupun ikan haruan ini bagus untuk penyembuhan luka, tetapi perlulah diingat supaya tidak dimakan dalam kuatiti yang berlebihan kerana sistem badan kita berbeza-beza.



Khamis, 27 Jun 2019

Cara Untuk Mengawal Selalu Lapar

Assalamualaikum hai semua.

Ada yang cerita bila berpuasa sebulan boleh jugalah berdiet. Tapi bila dah habis puasa, makan makin banyak pula. Rasa macam tak boleh nak control makan. Asyik nak makan dan makan tanpa henti.

Wah, bahaya sungguhkan.

Kak Ros kongsikan sedikit tip untuk mengawal lapar dan kawal makan.

1. Ambil sarapan awal pagi. Sarapan tak boleh tinggal. Bila bersarapan kita tak cepat rasa lapar dan ia memberi tenaga untuk kita terus melakukan aktiviti seharian. Bayangkan jika kita tinggalkan sarapan.  Bila waktu tengah hari, mula rasa lapar. Waktu itulah kita makan dalam kuantiti yang begitu banyak sekali. Tak hirau dah sekelilingkan.

2. Banyakkan minum air masak. Air masak membantu kita untuk mudah detok dan juga untuk mengenyangkan perut.  Minum juga air sebelum kita makan. Secara tak langsung, kita cepat kenyang dan kurangkan kuantiti makan.

3. Pastikan kita ambil protein yang cukup dalam setiap hidangan.

4. Rehat dan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kita mengawal rasa lapar.

5. Yang penting, elakkan stress. Stress sebenarnya akan membuatkan kita makan dan makan tanpa henti. Ada orang yang stress akan makan banyak.

Semoga tip ini dapat membantu kalian yang sedang mengawal rasa lapar untuk berdiet. Selamat mencuba!

Sabtu, 8 Jun 2019

Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Sepanjang Berpantang

Assalamualaikum selamat pagi semua. Salam 4 Syawal. Hari ni Kak Ros nak kongsikan beberapa jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang.

Antara makanan yang tak boleh dimakan ialah :

1. Lemak ayam, daging

2. Ikan kering, ikan masin, ikan keli, ikan terubuk, ikan tongkol, ikan cencaru.

3. Makanan seafood - udang, ketam, sotong, kerang. PALING TAK BOLEH MAKAN

4. Sayuran - Kangkung, petola, timun, terung, keladi, kubis, kacang panjang, pucuk paku, cili padi, asam keping, kubis, tomato.

5. Buah-buahan - Nenas, limau, tembikai, kiwi, durian, mangga, nangka, cempedak, ubi kayu, manggis, betik, ciku, langsat.

6. Tempe, bihun mee, laksa. Makanan berminyak

7. Ais, air sejuk, air tebu, air bergas, kelapa muda, jus buah.

Jumaat, 7 Jun 2019

Ibu Pantang Perlu Jaga Makan

Assalamulaiakum selamat petang semua. 3 Syawal. Kak Ros percaya semua masih dalam mood berhari rayakan. 

Pada ibu-ibu yang sedang berpantang, Kak Ros doakan semoga kalian bertabah bila terpaksa mengadap makanan yang beraneka jenis. Macam-macam lauk dan hidangan sedap-sedap raya ni. Tapi kebanyakkan semua ibu berpantang, tak boleh makan. Nak kena jaga makan betul-betul. Tak boleh makan sebarangan. Ini semua untuk kesihatan tubuh badan dan kesihatan dalaman ibu yang baru lepas bersalin supaya tak sakit-sakit badan, tak jadi lesu dan supaya luka-luka dalam perut cepat sembuh. 

Kak Ros doakan semoga ibu yang sedang berpantang, bertabah bila mengadap banyak makan raya ni. Tahan sedikit nafsu makan, supaya mendapat kesihatan yang baik untuk masa akan datang. 




Kak Ros
Penjaga Pantang. 

Salam Aidilfitri 2019