Ahad, 31 Mac 2019

Perkara yang perlu dielakkan Ketika Hamil

Apakah yang perlu dielakkan jika kalian disahkan mengandung?

Untuk menjaga kandungan supaya berada dalam keadaan sihat dan baik sepanjang proses kehamilan, beberapa perkara perlu diambil berat oleh ibu yang sedang hamil dan juga pasangan.

1. Elakkan mengangkat barang atau bebanan yang berat. Jika dilakukan akan menyebabkan ibu-ibu cepat penat.

2. Elakkan berada dalam keadaan stress, sering menangis atau emosi tidak stabil setiap masa. Keadaan negatif seperti ini akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.

3. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Untuk mengelakkan otot tegang, pinggang sakit, terseliuh atau terjatuh.

4. Ibu yang sedang hamil dilarang untuk makan ubat sebarangan.  Perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak beri kesan kepada bayi dalam kandungan

5. Ibu hamil juga perlu menjaga kandungan dengan baik, tidak terlalu aktif bergerak atau lakukan aktiviti yang berisiko tinggi untuk elak sebarang masalah pada bayi di dalam kandungan.

Ujian Kehamilan

Perkara pertama yang kalian perlu lakukan jika haid lewat ialah buat ujian air kencing untuk sahkan samada kalian hamil atau tidak. Boleh lakukan seawal 3 atau 5 hari lewat sudah dapat lihat tanda hamil.







Ini merupakan alat ujian air kencing atau dikenali sebagai Urine Pregnancy Test. Boleh dapatkan alat di Farmasi, kebanyakkan dengan harga yang mampu milik. Antara RM10 hingga RM15.

Cara untuk kalian buat ujian ini :

1. Buat ketika awal pagi. Ketika bangun dari tidur

2. Buang air kencing dan simpan air kencing tersebut dalam tiub yang disediakan dalam alat tersebut.

3.  Titiskan air kencing pada alat kehamilan. Di ruang yang disediakan untuk dititiskan. Lihat pada alat tersebut

4. Tunggu beberapa saat untuk lihat samada positif atau negatif.

5. Jika keluar satu line merah tandanya negatif. Tidak hamil

6. Jika double line merah menandakan kalian hamil. Tahniah!

Alat ujian kehamilan ini 99% berkesan.  Untuk lebih kepastian, kalian boleh buat ujian kehamilan di klinik. Kebanyakkan cara yang sama juga digunakan oleh doktor. Tapi di klinik, kalian boleh dapatkan tarikh jangka bersalin melalui kiraan tarikh akhir kalian datang haid.


Period Lewat?

Sudah lebih seminggu haid lewat? Kalian ambil peduli atau tidak.  Pastikan kalian ambil tahu bila tarikh kedatangan haid seterusnya, sebab itulah pentingnya kita mencatat setiap kali haid datang. Untuk kita buat kiraan tarikh kedatangan haid akan datang. 

Jika sudah lewat seminggu itu adalah tanda awal mungkin kalian mengandung. Apa yang kalian perlu lakukan? Amat penting lakukan ujian air kencing, untuk pastikan samada hamil atau tidak. Jika hamil bolehlah buat persediaan seterusnya. Yang utama, perlu jaga kandungan di peringkat awal lagi untuk mengelak sebarang masalah lain di kemudian hari. 

 Jika tidak disahkan hamil, boleh usaha lagi dan jangan mudah putus asa. Dan kedatangan haid itu lewat mungkin disebabkan beberapa faktor. Nanti Kak Ros akan kongsi dalam entri lain antara sebab kenapa haid lewat. 

Pakej Rawatan Ibu Berpantang, Pengurusan Bayi dan Masakan Pantang Siap Masak


Yang ini Kak Ros sediakan pakej lengkap memudahkan ibu-ibu dan suami yang menyambut kedatangan keluarga baru.

PAKEJ RAWATAN IBU BERPANTANG, PENGURUSAN BAYI DAN MASAKAN PANTANG SIAP MASAK

Pakej ini sangat membantu suami, tak perlu pening kepala mahu fikir menu apa yang isteri makan untuk pantang.  Semuanya Kak Ros telah sediakan.

Boleh pilih mahu berapa hari yang kalian mahukan.

Untuk sebarang pertanyaan, kalian boleh www.wasap.my/601123726123 

Pakej Rawatan Ibu Berpantang Dan Pengurusan Bayi


Yang mahu dapatkan PAKEJ RAWATAN IBU BERPANTANG & PENGURUSAN BAYI boleh www.wasap.my/601123726123 


Mahu tanya, mahu booking semua boleh ya.




Kak Ros
Penjaga Pantang

Jumaat, 22 Mac 2019

Peringkat Akhir Kehamilan


Foto : Carian Google

Image result for gambar last trimester



Trimester akhir ini dalam tempoh 3 bulan terakhir.  Pertumbuhan bayi mula berkembang dengan baiknya terutamanya bunyian dan persekitaran.  Panjang bayi lebih kurang 13 inci.

Ketika usia kandungan 8 bulan, bayi terbentuk dengan rupa paras dengan organ-organ yang sempurna.  Hati jantung juga berdegup sentiasa.  Pergerakan bayi juga sudah boleh dirasai samada aktif atau tidak.

Ketika tempoh akhir kehamilan, minggu ke 36 ibu mula merasai tidak selesa dan sukar untuk tidur.  Bayi sudah mula membesar, dan semakin kerap bergerak.

Ketika ini, hanya tunggu tempoh untuk bayi dilahirkan.  Minggu ke-36 hingga ke- 40

Khamis, 21 Mac 2019

SECOND TRIMESTER (PERINGKAT KEDUA KEHAMILAN)


Ketika ibu hamil 4 bulan, bermulalah peringkat kedua kehamilan atau lebih dikenali dengan nama “second trimester.” Ketika ini, tulang bayi juga sudah agak kuat. Dan sudah boleh dilihat melalui x-ray.  Panjang bayi lebih kurang 5 inci.


Image result for gambar second trimester

(Foto : Sumber Google)


Pada bulan kelima kehamilan, ibu sudah boleh merasai bayi menendang.  Jika ibu mula bercakap-cakap dengan bayi, bayi dalam kandungan sudah boleh mula mendengar.  ketika inilah dibacakan aluan ayat al-quran, atau dengarkan muzik yang lembut untuk proses perkembangan bayi.

Dalam tempoh ini juga, ibu akan mula rasa kurang selesa terutamanya bahagian belakang badan, sakit kepala, pening-pening, sakit kaki bila berdiri atau berjalan lama.

Bayi mula terbentuk dengan paras rupa yang molek ketika di akhir minggu 24 atau 6 bulan. Berbaki 3 bulan lagi untuk ibu bersalin dan bayi keluar.


Peringkat Awal Kehamilan (First Trimester)



Image result for gambar first trimester

(Foto : Carian google)


Bulan pertama hingga bulan ketiga merupakan peringkat awal kehamilan. Atau lebih dikenali sebagai “first trimester”. Ovulasi atau proses persenyawaan sedang berlaku dalam tempoh ini.  Apabila haid wanita lewat seminggu atau lebih, wanita tersebut sudah boleh buat ujian kehamilan untuk mengesahkan samada hamil atau tidak. 2 garis akan timbul pada alat ujian kehamilan tersebut, jika wanita itu hamil.  Ketika ini, 2 cells embrio terbentuk.

Pada bulan kedua (8 minggu) fetus mula terbentuk.  Ketika ini ibu hamil mula mengalami “morning sickness” atau alahan.  Bergantung pada hormon ibu-ibu samada teruk atau sebaliknya.  Alahan ini memang sangat normal berlaku bagi wanita di peringkat awal kehamilan.  Jantung bayi ketika ini mula terbentuk dan berdegup.  Begitu juga dengan pertumbuhan otaknya.

Embrio terbentuk sebaiknya pada bulan ketiga (minggu ke-12).  Dan ketika ini juga alahan mungkin makin berkurangan.  Boleh jadi makin teruk.  Fetus ukurannya sebesar penumbuk atau “plum.”

Rabu, 20 Mac 2019

Penting Ke Penjaga Pantang?


Sekarang bila dekat mahu bersalin, ibu-ibu sibuk mencari dan menempah tukang urut terutamanya untuk mengurut ketika dalam tempoh berpantang. Tapi kini, bukan setakat mengurut pantang.  Sudah ada yang sediakan pakej menjaga bayi, mandikan bayi, sediakan makan untuk ibu berpantang selain mengurut.

Kenapa pentingnya penjaga pantang ini, untuk mengurut ibu-ibu selepas bersalin. Selalunya dalam tempoh 3-7 hari pertama.  Urutan seluruh badan, untuk beri kesembuhan pada urat badan.  Perbetulkan urat badan.

Sediakan makan berpantang untuk ibu bersalin dalam tempoh 7 hari pertama.  Kerana selepas bersalin, ibu-ibu masih lemah mahu bergerak ke sana sini. Dan mungkin juga mudah untuk suami terus dapatkan pakej jaga pantang, terus masak untuk isteri yang sedang berpantang.

Penjaga pantang yang turut sediakan pakej mengurus bayi selepas bersalin seperti memandikan, tuam bayi, akan memudahkan urusan ibu yang sedang berpantang.

Zaman sekarang, pakej lengkap penjaga pantang seperti ini amat diperlukan oleh ibu-ibu yang akan berpantang.

Untuk yang mencari servis penjaga pantang, boleh hubungi Kak Ros Pantang. (011-2372 6123)




Isnin, 18 Mac 2019

Menu Berpantang

Lepas bersalin ibu-ibu akan menjalani proses berpantang lebih kurang 40 hingga 60 hari biasanya. Dan paling lama 100 hari.  Dalam berpantang, menu makanan juga perlu diambil kira terutamanya 40 hari pertama.

Bukan sebarang makanan ibu-ibu boleh makan. Jika makan semua seperti orang sihat, bimbang akan timbulkan gatal, luka lambat sembuh atau akan sebabkan bentan. Makan makanan yang sejuk, sangat perlu dielakkan.

Kadang kala sebenarnya ibu pantang ni nak jemu bila mengadap menu yang sama. Almaklumlah bukan semua makanan mereka boleh makan.

Ini contoh menu makan ibu berpantang (Sumber gambar google)


Nasi sejemput sahaja tau. Tak boleh ambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Sayuran juga celur-celur atau rebus. Sawi, carrot antara yang boleh dimakan.

Ikan merah, ikan kembung, ikan bilis goreng. Ikan pula masak singgang sahaja. Campur pula dengan halia untuk mudah buang angin. 

Elakkan makan buah dengan banyak. Buah agak sejuk juga takut kembang urat. Elakkan minum air dalam kuantiti yang banyak. Takut perut buncit.  Elakkan menu makan pedas kerana ibu-ibu menyusu bayi. Elakkan makan makanan laut, kerana takut gatal atau alergik pada bayi.

Yang penting menu lauknya hanya rebus atau singgang. Atau boleh juga dibakar. Contoh ikan selar bakar. Ayam bakar. 

Pakej Berpantang



Pakej berpantang. #TamanJasaPerwira#BatuCaves#Pakej7hari#Puan Aju.
Terima kasih kerana mengambil pakej berpantang dengan Kak Ros.
#pakejberpantang#confinementlady

Morning Sickness

Kita biasa dengar bila ibu-ibu hamil pasti akan mengalami "morning sickness" atau dikenali dengan alahan semasa mengandung. Ada sesetengah wanita alami alahan di awal kehamilan. Ada yang di pertengahan, dan ada juga yang alami alahan sepanjang proses kehamilan 9 bulan.

Harini Kak Ros kongsikan beberapa tip untuk elak "morning sickness" antaranya 

1. Pastikan perut kita sentiasa terisi. Jangan terlalu lapar dan jangan terlalu kenyang. Lapar akan menyebabkan perut mudah masuk angin. Dan secara tak langsung kita akan mudah muntah. Bila tiada makanan yang masuk, maka hanya muntah kosong sahaja kerana angin sudah masuk perut. 

2. Pastikan minum air dengan kuantiti yang cukup. Jangan terlalu banyak minum air manis dan juga berkafein. 

3. Makan dengan kerap tapi elakkan pengambilan makanan yang berat setiap masa. Ini untuk memastikan perut tidak masuk angin untuk mengelakkan muntah yang kerap.

4. Jika alami muntah-muntah, pastikan rehat secukupnya. Jangan lakukan kerja-kerja berat. 

5. Ada kalanya memasak juga akan menyebabkan ibu-ibu mudah alami muntah dan alahan. Dengan itu, elakkan memasak ketika di awal kehamilan. Bau-bau masakan akan menyebabkan kita tak berapa selesa. Ketika waktu inilah suami memainkan peranan penting. Perlu masuk dapur bantu isteri yang sedang alahan. 

6. Elakkan pengambilan makanan yang banyak gula dan garam. 

7. Sentiasa berada dalam keadaan udara segar untuk aliran pernafasan yang baik membantu ibu-ibu lebih sihat dan mengelakkan bau-bauan yang terlebih wangi, atau bau busuk.