Khamis, 30 Mei 2019

Kenapa Bayi Dalam Kandungan Tidak Bergerak?

Tahu tak kalian kenapa bayi dalam kandungan tidak bergerak?

Image result for gambar pergerakan bayi dalam kandungan


1. Jika ibu-ibu masih belum sampai 25 minggu, usah risau dan panik.  Kebiasaanya kandungan yang belum sampai 25 minggu bayi tidak bergerak. Pergerakan akan bermula selepas minggu ke 25. 

Apabila kandungan sudah capai 25 minggu, ibu-ibu perlu mengira jumlah gerakan bayi dalam masa sehari, dan perlu catatkan kiraan gerakan dalam BUKU REKOD MERAH KEHAMILAN. 

2. Kemungkinan juga bayi sedang tidur.

3. Jika ibu-ibu tidak merasai lebih dari 10 gerakan dalam tempoh masa 2 jam, perlulah segera berjumpa dengan doktor.  Jika kurang pergerakan sehari juga, perlu cepat-cepat berjumpa doktor. Jangan berlengah bimbang keselamatan bayi dalam kandungan. 


Selamat Balik Kampung

Assalamualaikum semua. Salam Ramadan 25. Semoga kita dipertemukan dengan Syawal yang bakal menjelang seminggu sahaja lagi lebih kurang. Dan semoga kita juga terus kekal istiqomah beribadah mengejar pahala di bulan Ramadan yang berada di hujung-hujung ni.


Image result for gambar berhati-hati balik raya


Kak Ros ucapkan selamat bercuti pada yang akan pulang ke kampung halaman. Cuti sekolah sudah seminggu bermula, pastinya sudah ramai ibu bapa yang ambil cuti awal untuk mengelak jem di perjalanan. Berhati-hati dalam perjalanan pulang beraya dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Kak Ros pula akan mula bercuti dari 3 Jun - 7 Jun. Lebih kurang seminggu berhari raya, sebelum menyambung semula tugas-tugas harian dan khidmat mengurut. Ibu-ibu yang mahu dapatkan pakej berpantang, urut penutup pantang, memasak untuk pantang selepas raya boleh hubungi Kak Ros di wassap ya. 



Kak Ros 
Penjaga Pantang
www.wasap.my/601123726123

Isnin, 27 Mei 2019

Tip Penyusuan Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum semua. Hari ini Kak Ros nak kongsikan beberapa tip penyusuan yang boleh digunakan oleh ibu bekerjaya. Dalam proses untuk menyusu anak secara eksklusif sepenuh masa ibu bekerjaya boleh cuba praktikkan cara di bawah

1. Perah susu 2 minggu selepas lahir.

2. Peralatan penyusuan yang digunakan perlulah sentiasa dibersihkan.

3. Pastikan tangan bersih setiap kali ibu mengepam susu dengan alat penyusuan

4. Perah susu selalu supaya kuantiti susu sentiasa banyak. Jika di pejabat, boleh gunakan 10-20 minit masa untuk perah susu

5. Biarkan sementara susu dalam suhu bilik, dan kemudian barulah simpan dalam peti sejuk

6. Ibu-ibu boleh ambil makanan tambahan untuk banyakkan kuantiti susu

7. Rangsang penghasilan susu keluar dengan cepat.  Bila di rumah, beri susu pada bayi. Dan bila waktu bekerja perah susu untuk elak bengkak susu.



Semoga 7 tips ini berguna untuk ibu bekerjaya menyimpan susu untuk bayi.

Khamis, 23 Mei 2019

Kepentingan Susu Ibu Pada Bayi

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Salam Nuzul Al Quran. Selamat berpuasa.
Harini Kak Ros nak kongsikan kepentingan susu ibu untuk bayi. Ibu-ibu digalakkan mempunyai semangat dan azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif (sepenuhnya) dalam tempoh masa 2 tahun hingga 6 bulan. 

Sebaiknya berikan bayi menyusu sejak dilahirkan, tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula lain sehingga bayi berusia 6 bulan. 

Sebaik sahaja dilahirkan, ibu perlu menyusukan bayi kerana pada susu ibu itu mengandungi KOLOSTRUM - yang merupakan imunisasi pertama untuk bayi yang membantu mencegah penyakit. 

Selain itu, antara khasiat lain ialah susu ibu mengandungi antibodi untuk melindungi bayi dari jangkitan kuman, asma, radang paru-paru serta cirit-birit.  Selain itu, susu ibu berkhasiat untuk perkembangan emosi dan IQ bayi. 

LAKSATIF yang terkandung dalam susu ibu dapat mencegah bayi daripada jaundice.

Susu ibu juga mengandungi zat makanan dan sumber protien HA, DHA, AA, SA (Untuk IQ) yang tinggi untuk perkembangan pertumbuhan bayi.

Apa yang penting, memberi bayi susu dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi. 

Jom ibu-ibu yang sedang hamil dan baru melahirkan, mula berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 2 tahun.

Tahniah Kak Ros ucapkan pada yang sedang dan masih dalam proses menyusu bayi. Semoga kuantiti susu sentiasa bertambah.


Kak Ros
Penjaga Pantang

Sabtu, 18 Mei 2019

Kebaikan Ibu Yang Menyusukan Bayi

Assalamualaikum salam Ramadan 13. Selamat berpuasa semua. Hari ini Kak Ros nak kongsikan kebaikan yang ibu-ibu perolehi bila menyusukan anak. Banyak sebenarnya kebaikan, antaranya

1. Merapatkan hubungan bayi dan ibu. Selain mengurangkan faktor meroyan ibu lepas bersalin. 

2. Ibu boleh kembalikan bentuk tubuh badan pada bentuk asal sebelum hamil, kerana dengan menyusukan bayi, boleh membakar kalori dalam badan ibu.

3. Mengurangkan risiko kanser payudara

4. Menguatkan dan mengetatkan abdomen, dan menjadikan rahim cepat kecut. 

Ibu-ibu sangat digalakkan memberi susu pada bayi kerana susu ibu mengandungi antibodi yang kuat, untuk tubuh badan bayi yang baru dilahirkan.  

Menyusukan bayi juga merupakan satu cara mudah dan tradisional jika ibu-ibu mahu kembalikan bentuk badan kembali asal seperti sebelum hamil. 

Apa  yang perlu diingat, ibu yang menyusukan bayi kebiasaanya tidak akan datang bulan seperti sedia kala sepanjang tempoh ibu memberi bayi susu badan sepenuhnya. 



Perbezaan Selepas Habis Pantang

Inilah hasil perbezaan yang dialami oleh pelanggan Kak Ros, bila mereka amalkan pantang mengikut cara yang betul. Menjaga pemakanan, urutan, tidur dan rehat yang cukup serta menjaga pantang larang ketika sedang dalam berpantang. Hasilnya dapat mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil.

Untuk yang mahu dapatkan servis berpantang boleh hubungi kak Ros www.wasap.my/601123726123


Selasa, 7 Mei 2019

Teh Halia Untuk Kurus

Nak kurus? Jom kita amalkan minum teh halia. Buat sendiri lebih mudah, jimat dan cepat.

1. Ambil lebih kurang sebesar ibu jari halia. Bersihkan kulitnya dan potong nipis-nipis.

2. Masukkan dalam periuk bersama segelas air. Dan rebus selama 10 minit. Campurkan dengan seuncang teh.

3. Bila sudah agak hangat-hangat tuang dalam cawan. Boleh minum campurkan dengan madu atau letak sesudu gula. Tapi sebaiknya tak perlu letak gula

Image result for teh halia


Selain untuk kurus, untuk buang angin dan toksin dalam tubuh badan kita.

Isnin, 6 Mei 2019

Salam Ramadan

Image result for selamat menyambut ramadhan


Alhamdulillah bertemu kita Ramadan kali ini. Selamat menyambut Ramadan untuk semua pembaca blog Kak Ros.  Kak Ros doakan semoga semuanya sihat untuk beribadah pada bulan puasa ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kita sepanjang bulan penuh rahmat ini. 



Kak Ros 
Penjaga PantangC

Ahad, 5 Mei 2019

Masker Halia Untuk Rawatan Rambut

Kali ini Kak Ros kongsikan bagaimana mahu membuat sendiri masker untuk rawatan rambut dari halia.  Ia sangat membantu menguatkan kulit akar rambut dan menjadikan rambut kita lebih bersinar dan cantik.

Buat sendiri sahaja tau. Mudah dan senang. Jimat kos pula. Cara-caranya :P

1. Potong halia kecil-kecil, tumbuk atau blender. Kalau takut terlalu halus, boleh tumbuk kasar halia tersebut

2. Campurkan halia tadi dengan kuning telur dan sesudu madu ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan bercampur semua bahan tersebut.

3. Sapu masker tadi ke seluruhan rambut, hingga ke akar dan kulit kepala.

4. Selepas setengah jam, boleh basuh dan bilas dengan air suam. 


Amalkan seminggu 2 kali untuk menguatkan kulit rambut dan memberi sinar pada rambut anda.

Sabtu, 4 Mei 2019

Kebaikan Halia Untuk Wanita

Entri lepas Kak Ros ada kongsikan kebaikan halia untuk umum. Tapi kali ini Kak Ros kongsikan pula kebaikan halia ini khusus untuk wanita. Halia ini bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman wanita, malah untuk kecantikan juga.

1. Halia membantu untuk mengurangkan berat badan. Amalkan meminum air teh halia sejam atau setengah jam sebelum makan, ia membantu untuk anda kurus.  Kandungan nutrien halia yang menyerap lebih cepat metabolisma dan membuang sisa toksin yang tidak diperlukan dalam badan. Teh halia juga memberi kita lebih mudah kenyang, tak kita berasa tidak terlalu lapar.

2. Halia membantu mengurangkan masalah morning sickness, muntah-muntah dan pening yang sering dialami oleh wanita hamil.  Kandungan khasiatnya yang banyak sangat berguna untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

3. Halia juga membantu mempertingkatkan kesuburan untuk wanita dan lelaki.

4. Halia turut membantu mengurangkan masalah senggugut dan sakit yang dialami wanita datang bulan.

5. Halia untuk kecantikan. Masker dari halia membantu untuk merawat akar rambut supaya lebih kuat dan rambut kelihatan cantik bersinar.

Entri akan datang, Kak Ros kongsikan bagaimana cara untuk membuat teh halia sendiri dan masker halia untuk kecantikan rambut. 



Kak Ros
Penjaga Pantang

Kenali Kebaikan Halia

Rasanya ramai antara kita tahu halia bagus untuk kesihatan dalaman, buang angin dalam badan. Mereka yang mahu berdiet pasti ada amalkan minum air teh halia yang dibeli di pasaran. atau air halia buatan sendiri.

Jom kita kenali lagi beberapa kebaikan halia yang tersembunyi :

1. Membantu memberi kelegaan pada mereka yang alami mabuk laut atau mabuk ketika dalam perjalanan naik kenderaan. Halia boleh digunakan untuk memberi sedikit kesegaran pada mereka yang alami masalah ini.


Image result for gambar halia


2. Mempertingkatkan aliran darah.  Halia mengandungi zat magnesium, cromium dan zink yang membantu mempertingkatkan aliran darah dalam tubuh badan.

3. Rawatan untuk mereka yang alami masalah selsema.  Untuk menghilangkan ketidakselesaan semasa selsema, dicadangkan ambil pati halia sehari dua kali.
.
4. Halia turut membantu mempertingkatkan nutrien dalam tubuh badan kita

5. Untuk mengurangkan risiko pembentukan kanser colon.

6. Halia sangat bagus untuk merawat masalah penghadaman, mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika sakit perut.

7. Mereka yang alami masalah pernafasan seperti batuk, pneumonia sangat digalakkan untuk menggunakan halia sebagai rawatan.

8. Halia turut membantu mempertingkatkan imun dalam badan kita

9. Yang ini paling penting untuk ibu hamil. Halia membantu mengurangkan masalah morning sickness yang dialami oleh ibu hamil di peringkat awal.

Rabu, 1 Mei 2019

Selamat Hari Pekerja

Image result for gambar hari pekerja



Assalamualaikum semua selamat petang. Masih belum terlambat untuk Kak Ros ucapkan SELAMAT HARI BEKERJA kepada semua pembaca blog. Semoga kalian bekerja dengan penuh keikhlasan, dan tunaikan tanggungjawab sepenuh hati. 

Walau apa pun tugas dan pekerjaan kalian, Kak Ros doakan semoga Tuhan sentiasa merahmati dan kita semua mendapat rezeki yang halal.

Selamat Bercuti 

Kak Ros 
Penjaga Pantang

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu Hamil

Pernah dengar minyak kelapa dara? Sebenarnya minyak kelapa dara ini sudah popular sejak zaman dulu lagi. Tapi masyarakat kita sekarang lebih berminat pada produk suplemen sekarang yang berada di pasaran. Minyak kepala dara ini sangat banyak khasiatnya. Jom kita kenali dulu apa itu minyak kepala dara.

Image result for gambar minyak kelapa dara


Minyak kepala dara atau lebih dikenali dengan nama "virgin coconut oil" merupakan makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil dan ibu berpantang. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat usia. Tapi khasiatnya lebih kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi.

Antara kebaikan minyak kepala dara ialah :

1. Mengurangkan morning sickness

2. Mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi bagi ibu hamil

3. Memberi khasiat kepada ibu hamil, dan menjadikan bayi di dalam kandungan juga sihat.

4. Menguatkan rahim (bagi ibu yang pernah keguguran)

5. Mengurangkan sembelit

6. Mengurangkan risiko koyak ketika bersalin



Image result for gambar minyak kelapa dara


Ini antara contoh minyak kelapa dara yang ada di pasaran. Ibu-ibu hamil yang mahu dapatkan minyak ini bolehla cuba belian secara online atau juga cari di kedai, di luar.

Kak Ros ucapkan semoga bertemu dengan minyak kelapa dara yang sesuai untuk ibu hamil.


Kak Ros
Penjaga pantang.