Sabtu, 4 Mei 2019

Kenali Kebaikan Halia

Rasanya ramai antara kita tahu halia bagus untuk kesihatan dalaman, buang angin dalam badan. Mereka yang mahu berdiet pasti ada amalkan minum air teh halia yang dibeli di pasaran. atau air halia buatan sendiri.

Jom kita kenali lagi beberapa kebaikan halia yang tersembunyi :

1. Membantu memberi kelegaan pada mereka yang alami mabuk laut atau mabuk ketika dalam perjalanan naik kenderaan. Halia boleh digunakan untuk memberi sedikit kesegaran pada mereka yang alami masalah ini.


Image result for gambar halia


2. Mempertingkatkan aliran darah.  Halia mengandungi zat magnesium, cromium dan zink yang membantu mempertingkatkan aliran darah dalam tubuh badan.

3. Rawatan untuk mereka yang alami masalah selsema.  Untuk menghilangkan ketidakselesaan semasa selsema, dicadangkan ambil pati halia sehari dua kali.
.
4. Halia turut membantu mempertingkatkan nutrien dalam tubuh badan kita

5. Untuk mengurangkan risiko pembentukan kanser colon.

6. Halia sangat bagus untuk merawat masalah penghadaman, mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika sakit perut.

7. Mereka yang alami masalah pernafasan seperti batuk, pneumonia sangat digalakkan untuk menggunakan halia sebagai rawatan.

8. Halia turut membantu mempertingkatkan imun dalam badan kita

9. Yang ini paling penting untuk ibu hamil. Halia membantu mengurangkan masalah morning sickness yang dialami oleh ibu hamil di peringkat awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan