Khamis, 23 Mei 2019

Kepentingan Susu Ibu Pada Bayi

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Salam Nuzul Al Quran. Selamat berpuasa.
Harini Kak Ros nak kongsikan kepentingan susu ibu untuk bayi. Ibu-ibu digalakkan mempunyai semangat dan azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif (sepenuhnya) dalam tempoh masa 2 tahun hingga 6 bulan. 

Sebaiknya berikan bayi menyusu sejak dilahirkan, tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula lain sehingga bayi berusia 6 bulan. 

Sebaik sahaja dilahirkan, ibu perlu menyusukan bayi kerana pada susu ibu itu mengandungi KOLOSTRUM - yang merupakan imunisasi pertama untuk bayi yang membantu mencegah penyakit. 

Selain itu, antara khasiat lain ialah susu ibu mengandungi antibodi untuk melindungi bayi dari jangkitan kuman, asma, radang paru-paru serta cirit-birit.  Selain itu, susu ibu berkhasiat untuk perkembangan emosi dan IQ bayi. 

LAKSATIF yang terkandung dalam susu ibu dapat mencegah bayi daripada jaundice.

Susu ibu juga mengandungi zat makanan dan sumber protien HA, DHA, AA, SA (Untuk IQ) yang tinggi untuk perkembangan pertumbuhan bayi.

Apa yang penting, memberi bayi susu dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi. 

Jom ibu-ibu yang sedang hamil dan baru melahirkan, mula berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 2 tahun.

Tahniah Kak Ros ucapkan pada yang sedang dan masih dalam proses menyusu bayi. Semoga kuantiti susu sentiasa bertambah.


Kak Ros
Penjaga Pantang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan