Khamis, 28 Februari 2019

Makanan Yang Boleh diambil Sepanjang Tempoh Hamil

Wah taniah, ibu-ibu sudah hamil. Jadi jom kita lihat hari ini apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan untuk penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan. 

Makanan yang baik diambil sepanjang proses kehamilan ialah : 

1. Buah delima, buah avocado

2. Sayuran hijau

3. Kekacang

4. Yogurt

5. Oatmeal

6. Daging


Antara makanan yang perlu dielakkan sepanjang proses hamil ialah : 

1. Telur mentah atau separuh masak

2. Daging separuh masak

3. Alkohol

4. Ikan mentah dan sushi

5. Minuman yang mengandungi kafein yang tinggi

6. Makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi

7. Makanan laut yang tinggi merkuri 

Kiraan Minggu Kehamilan

Jom hari ini kita lihat kiraan minggu kehamilan, dan berapa bulan jika ikut minggu tersebut.

Minggu 1-4 = Sebulan

Minggu 5-8 = 2 bulan 

Minggu 9-13 = 3 bulan 

Minggu 14-17 = 4 bulan 

Minggu 18-22 = 5 bulan 

Minggu 23-27 = 6 bulan 

Minggu 28-31 = 7 bulan 

Minggu 32-35 = 8 bulan 

Minggu 36-40 = 9 bulan

Masuk minggu 36-40, ibu-ibu perlu bersedia kerana pada bila-bila masa sahaja boleh bersalin.

Ok jom rekod, adakalanya kita kadang terlupa kiraan ini.

Rabu, 27 Februari 2019

Tip Mudah Bersalin

Orang tua dulu-dulu pesan untuk mudah bersalin ibu-ibu boleh amalkan aktiviti berikut :

1.Kerapkan berjalan kaki, turun naik tangga untuk mudah bersalin dan mudah bukaan jalan bersalin. 

2. Ada juga orang tua pesan, bila dah buka laluan baru berapa cm tu, selalu-selalu mandi. Bila mandi air melancarkan buka laluan bersalin.

3. Banyakkan berselawat, berzikir untuk beri ketenangan.

4. Jangan banyak tidur

5. Ada juga orang tua dulu bagi ibu-ibu bersalin minum air semangkuk akar Fatimah. Akar Fatimah itu direndam dalam mangkuk, kemudian airnya diminum. Orang dulu kata, jika akarnya kuncup maka dah dekat nak bersalin.

6. Boleh minum air selusuh yang dibaca ayat-ayat Al-Quran.


Uratan Tradisional




Pakej Ibu Berpantang



Pakej 5 Hari Seksyen 16, Shah Alam.
Pn. KhairulBariah.
Terima kasih banyak.

Isnin, 25 Februari 2019

Bentan

Apa itu bentan?

Mesti kita biasa dengar kisah-kisah ibu berpantang yang alami bentan. Bentan ini ialah di mana ketika ibu berpantang, yang tiba-tiba tak sihat keadaan fizikal dan emosi hingga mengganggu keselesaan ibu tersebut akibat daripada kesakitan yang tidak tahu puncanya. Bentan ini mudah terjadi di awal tempoh berpantang, pertengahan atau selepas habis pantang.

Disebabkan itulah pentingnya proses berpantang bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak. Perlu menjaga pergerakan, tidak banyak bergerak, tidak mengangkat benda-benda berat. Dan adakalanya proses untuk memandikan bayi juga perlu diserahkan kepada suami atau emak sendiri. Atau mengambil seorang penjaga pantang untuk menjaga dan membantu ibu memandikan bayi dan mengurus bayi dalam tempoh seminggu hingga dua minggu pantang.

Beberapa perkara yang perlu dielakkan dan dijaga untuk mengelak bentan antaranya :

1. Perlu banyakkan rehat. Tidak melakukan kerja-kerja rumah, kerja mengurus bayi kecil ketika awal tempoh berpantang.

2. Menjaga emosi. Tidak terlalu sedih dan tidak terlalu gembira. Ibu berpantang berada dalam keadaan kotor kerana keluarkan darah nifas. Oleh itu, banyakkanlah mengingat Allah, berselawat, berzikir untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kerana ketika inilah ada kalanya emosi ibu tidak stabil.

3. Jaga kebersihan diri ketika masih berpantang. Kerap menukar tuala wanita

4. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan sejuk. Tidak minum ais. Orang tua dulu-dulu pernah berpesan jangan makan pulut, makanan yang agak keras seperti tapai, makanan yang gatal-gatal.

5. Pakai pakaian yang sesuai ketika berpantang. Kain sarung, baju t-shirt yang longgar untuk memudahkan aliran udara. Pakai stokin untuk elakkan kaki sejuk.

6. Jaga pergerakan. Tidak berjalan laju seperti orang sihat. Elakkan terlanggar atau tersadung kerusi atau lain-lain.

Amat penting sekali suami membantu isteri dalam tempoh berpantang. Peranan suami membantu emosi isteri lebih stabil.

Doula

Beberapa hari lepas hangat isu doula diperkatakan di FB. Hari ini Kak Ros share sikit pendapat dan ulasan yang dibuat oleh Dr. Hafidzah Mustakim, Ketua Biro Kesihatan Awam Negeri Kelantan tentang doula. Jom kita baca apa kata beliau


Doula, Peneman Ibu atau Pengganti Doktor ?
Menyaksikan rancangan Analisis malam ini di TV Al Hijrah kendalian Hajah Syafinaz Yunus. Dua minggu berturut-turut topik panas berkaitan isu perubatan.
Kupasan Prof Imelda memang mantap. Saya memuji keberanian Puan Hayati membicarakan isu sensitif ini di khalayak.
Saya boleh memahami hasrat ibu-ibu muda mahu merasai pengalaman kelahiran alami (gentle birth atau natural birth) kerana 32 tahun yang lepas saya sendiri melalui pengalaman kelahiran sebegini ketika melahirkan anak sulong, kedua dan ketiga.
Ketika itu saya masih lagi belajar di Melbourne. Kerajaan di sana sudah menerima dan mengiktiraf kehendak rakyat mereka yang mahukan kelahiran alami ini. Lalu disediakan kemudahan beranak secara alami di fasiliti hospital. Ada ‘Family Birthing Unit’.
Saya beranak di dalam bilik yang ada katil double, ada bean bag. Saya dibenarkan berjalan dan berada dalam posisi mana pun yang saya mahukan; mencangkung, merangkak pun boleh. Bezanya, di sebalik kepala katil tu terlindung paip saluran oksigen dan peralatan lain yang boleh digunakan bila-bila masa sekiranya ada komplikasi kelahiran . Yang menemani dan memantau kelahiran anak saya adalah jururawat terlatih. Fatima namanya, asal dari Sudan.
Point saya, mungkin sudah tiba masanya pihak kerajaan mendengar dan mengiktiraf kehendak masyarakat yang semakin ke depan yang mahukan perkhidmatan seperti ini diadakan di fasiliti Kerajaan (dan swasta).
Kesimpulan Hajah Syafinaz paling menarik ‘Doula tidak boleh menemani ibu bersalin tanpa kehadiran bidan terlatih atau doktor".
Pandangan Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al Bakri tentang perkara ini juga amat jelas.
Penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih. Ini bertentangan dengan maqasid syariah dalam menjaga nyawa.
Kalau mahu diteruskan, Doula Malaysia mesti bernaung di bawah Persatuan yang didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kegiatan mereka dipantau. Sudah tiba masanya kematian Ibu dan Bayi disebabkan oleh kelahiran yang tidak selamat dihentikan.
Dr Hafidzah Mustakim
Ketua Biro Kesihatan
Awan Negeri Kelantan

Jumaat, 22 Februari 2019

Buku Merah, Ibu Mengandung

Alhamdulillah tahniah Kak Ros ucapkan pada ibu-ibu dapat berita gembira bakal hamil tak kiralah anak ke berapa pun. Pesanan Kak Ros, jagalah diri baik-baik ketika di awal tempoh kehamilan. 

Hari ini kakros nak kongsikan tentang buku merah untuk ibu mengandung. Buku tersebut merupakan buku rekod kehamilan sepanjang proses hamil hinggalah bersalin.

Buku ini sangat penting untuk mencatat apa sahaja keterangan, masalah kesihatan atau maklumat penting sepanjang proses hamil.  Sebaik hamil, masuk minggu ke-8 bolehlah kalian pergi ke klinik kerajaan untuk membuat buku ini. Dan biasanya klinik akan berikan tarikh-tarikh tertentu untuk ibu buat pemeriksaan kehamilan. 

Buku ini juga penting untuk ibu-ibu bawa ke mana sahaja pergi, kerana bimbang jika sesuatu berlaku dan kalian perlu dirujuk ke klinik atau hospital doktor mahu buku tersebut untuk rujukan mereka.  Dan jika kalian buat pemeriksaan kehamilan di klinik swasta juga, perlulah pergi ke klinik kerajaan untuk membuat buku ini. 

Bukannya apa, nanti bila nak bersalin mungkin kalian mahu bersalin di hospital kerajaan jadi mudahlah. Kerana hospital kerajaan pasti akan bertanyakan buku ini.  Dan tak silapnya jika buat pemeriksaan di klinik swasta kalian memang tak dibekalkan dengan buku merah.  Buku ini hanya perlu dibuat di klinik kerajaan sahaja.

Jangan lupa simpan buku ini walaupun kalian telah selamat bersalin. Kerana buku ini juga penting sebagai rujukan untuk hamil anak seterusnya. 

Air Selusuh

Assalamualaikum selamat petang.

Hari ni Kak Ros nak kongsi tentang air selusuh. Mesti ramai biasa dengar dan tahu apa tu air selusuhkan. Air selusuh ini mengikut pandangan Islam ialah air yang dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran yang diminum oleh ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin. Biasanya mereka akan minum sekitar 30 minggu hamil paling awal, atau dalam tempoh hampir-hampir bersalin.

Tapi ada juga yang katakan air selusuh ini jika diminum akan menyebabkan kontraksi lebih teruk.  Apa pun, ibu hamil yang minum niatkanlah sebagai ikhtiar dan usaha untuk memudahkan proses bersalin, dan selebihnya kita berserah pada Allah swt.

Antara cara untuk menyediakan air selusuh ini ialah : 

1. Air zam-zam sebaiknya
2. Bacakan Al-fatihah
3. Surah Yassin
4. Surah Al Hasyar ayat 21
5. Selawat Syifa

Kemudian ibu-ibu boleh amalkan minum dengan niat untuk mudah bersalin. Boleh juga sapu pada bahagian perut dan kandungan.  Air ini sebaiknya disediakan oleh suami.

Insya Allah moga kalian yang sedang hamil menunggu masa, Kak Ros doakan moga mudah semua proses menimang cahaya mata. 


Kak Ros 
Penjaga Ibu Pantang...

Khamis, 21 Februari 2019

Doa Amalan Untuk Ibu Mengandung

Alhamdulillah jika telah disahkan hamil, ibu-ibu perlulah menjaga kesihatan. Mengamalkan pemakanan yang sesuai dan berzat untuk bayi dalam kandungan. Juga perlulah mengamalkan doa-doa dan ayat Al-Quran sebagai santapan rohani, dan pembentukan bayi dalam kandungan.

Antara ayat al-quran yang boleh dijadikan amalan ialah

1. Surah Yusof - Untuk memiliki anak lelaki tampan dan soleh
2. Surah Maryam - Untuk memiliki anak perempuan cantik dan solehah
3. Surah Luqman - Untuk mendidik anak bijak sejak dalam kandungan

Selain itu, amalkanlah membaca ayat al-quran sekurangnya sehari, supaya bayi dalam kandungan telah mendengar ibu atau ayat mengalunkan ayat-ayat suci al-quran.




Doa Nabi Yunus ini juga boleh diamalkan untuk ibu-ibu hamil. 

Rabu, 13 Februari 2019

Pakej Berpantang


#Pakejibudanbayi
#Pakejberpantang
5 hari
Batu Muda KL
Pn. Fatin

Terima kasih Pn. Fatin semoga puan dan baby Rania sihat selalu sepanjang tempoh berpantang.




#PakejPenutup Pantang 
GOMBAK