Jumaat, 22 Februari 2019

Air Selusuh

Assalamualaikum selamat petang.

Hari ni Kak Ros nak kongsi tentang air selusuh. Mesti ramai biasa dengar dan tahu apa tu air selusuhkan. Air selusuh ini mengikut pandangan Islam ialah air yang dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran yang diminum oleh ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin. Biasanya mereka akan minum sekitar 30 minggu hamil paling awal, atau dalam tempoh hampir-hampir bersalin.

Tapi ada juga yang katakan air selusuh ini jika diminum akan menyebabkan kontraksi lebih teruk.  Apa pun, ibu hamil yang minum niatkanlah sebagai ikhtiar dan usaha untuk memudahkan proses bersalin, dan selebihnya kita berserah pada Allah swt.

Antara cara untuk menyediakan air selusuh ini ialah : 

1. Air zam-zam sebaiknya
2. Bacakan Al-fatihah
3. Surah Yassin
4. Surah Al Hasyar ayat 21
5. Selawat Syifa

Kemudian ibu-ibu boleh amalkan minum dengan niat untuk mudah bersalin. Boleh juga sapu pada bahagian perut dan kandungan.  Air ini sebaiknya disediakan oleh suami.

Insya Allah moga kalian yang sedang hamil menunggu masa, Kak Ros doakan moga mudah semua proses menimang cahaya mata. 


Kak Ros 
Penjaga Ibu Pantang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan