Jumaat, 22 Februari 2019

Buku Merah, Ibu Mengandung

Alhamdulillah tahniah Kak Ros ucapkan pada ibu-ibu dapat berita gembira bakal hamil tak kiralah anak ke berapa pun. Pesanan Kak Ros, jagalah diri baik-baik ketika di awal tempoh kehamilan. 

Hari ini kakros nak kongsikan tentang buku merah untuk ibu mengandung. Buku tersebut merupakan buku rekod kehamilan sepanjang proses hamil hinggalah bersalin.

Buku ini sangat penting untuk mencatat apa sahaja keterangan, masalah kesihatan atau maklumat penting sepanjang proses hamil.  Sebaik hamil, masuk minggu ke-8 bolehlah kalian pergi ke klinik kerajaan untuk membuat buku ini. Dan biasanya klinik akan berikan tarikh-tarikh tertentu untuk ibu buat pemeriksaan kehamilan. 

Buku ini juga penting untuk ibu-ibu bawa ke mana sahaja pergi, kerana bimbang jika sesuatu berlaku dan kalian perlu dirujuk ke klinik atau hospital doktor mahu buku tersebut untuk rujukan mereka.  Dan jika kalian buat pemeriksaan kehamilan di klinik swasta juga, perlulah pergi ke klinik kerajaan untuk membuat buku ini. 

Bukannya apa, nanti bila nak bersalin mungkin kalian mahu bersalin di hospital kerajaan jadi mudahlah. Kerana hospital kerajaan pasti akan bertanyakan buku ini.  Dan tak silapnya jika buat pemeriksaan di klinik swasta kalian memang tak dibekalkan dengan buku merah.  Buku ini hanya perlu dibuat di klinik kerajaan sahaja.

Jangan lupa simpan buku ini walaupun kalian telah selamat bersalin. Kerana buku ini juga penting sebagai rujukan untuk hamil anak seterusnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan