Ahad, 11 Ogos 2019

Selamat Hari Raya Aidiladha

Image result for Hari raya Aidiladha


Salam Aidiladha daripada Kak Ros sekeluarga

Semoga setiap pengorbanan kita mendapat keredaan Allah. 


Khamis, 8 Ogos 2019

Tanda Awal Hamil

Jom kita lihat beberapa tanda awal kehamilan yang boleh dikesan oleh wanita. Biasanya setiap tanda ini berbeza bagi setiap wanita, dan juga berbeza bagi setiap kehamilan.

Tidak semua wanita alami simptom yang sama walaupun telah beberapa kali hamil.

1. Lewat datang haid

2. Muntah / mual atau lebih dikenali sebagai morning sickness

3. Cepat penat

4. Selera makan naik mendadak

5. Mengidam makan makanan pelik-pelik

6. Payudara membesar dan rasa sakit atau ngilu

7. Kerap kencing

8. Kerap sakit kepala

9. Pedih ulu hati

10. Sukar tidur malam

11. Perubahan emosi


Paling mudah dan selamat, jika kalian sudah lewat seminggu datang haid, boleh lakukan ujian kehamilan di rumah.

Puasa Sunat Hari Arafah

Tarikh 9 Zulhijjah Puasa Hari Arafah Terkini

Sabtu ni 9 Zulhijjah dan kita digalakkan berpuasa sunat Hari Arafah. Puasa Sunat Hari Arafah dikenali juga sebagai Hari Wukuf. Ia merupakan kemuncak Ibadah Haji. Ketika umat Islam di Mekah menunaikan rukun haji di sana, kita di yang tidak menunaikan fardhu haji digalakkan berpuasa, dan berdoa sebanyak-banyaknya.

Niat Puasa Hari Arafah : 

"Sahaja aku berpuasa sunat hari arafah kerana Allah swt."

Dan keesokkan harinya, 10 Zulhijjah kita menyambut Hari Raya Aidiladha 

Selasa, 30 Julai 2019

Cuti Sempena Hari Pertabalan Agong

Image result for pertabalan agong 30 julai 

Selamat bercuti semua. Semoga tenang-tenang dan gembira habiskan masa besama keluarga tersayang.

Ahad, 28 Julai 2019

Makanan Yang Dilarang Makan Oleh Ibu Berpantang

Ibu-ibu yang sedang berpantang, ada beberapa makanan yang dilarang dimakan sepanjang tempoh berpantang.  Jika dimakan, akan mengakibatkan sakit perut, luka dalam perut lambat sembuh, beri kesan pada bayi yang minum susu ibu atau boleh juga akibatkan bentan.


Image result for durian

Durian 

Image result for pulut

Pulut 

Image result for air batu

Air batu

Image result for cili

Lada merah, lada hijau ataupun cili api

Image result for tapai
Tapai ubi dan tapai pulut 

Image result for ikan bersengat

Ikan yang mempunyai sengat contohnya keli