Sabtu, 18 Mei 2019

Kebaikan Ibu Yang Menyusukan Bayi

Assalamualaikum salam Ramadan 13. Selamat berpuasa semua. Hari ini Kak Ros nak kongsikan kebaikan yang ibu-ibu perolehi bila menyusukan anak. Banyak sebenarnya kebaikan, antaranya

1. Merapatkan hubungan bayi dan ibu. Selain mengurangkan faktor meroyan ibu lepas bersalin. 

2. Ibu boleh kembalikan bentuk tubuh badan pada bentuk asal sebelum hamil, kerana dengan menyusukan bayi, boleh membakar kalori dalam badan ibu.

3. Mengurangkan risiko kanser payudara

4. Menguatkan dan mengetatkan abdomen, dan menjadikan rahim cepat kecut. 

Ibu-ibu sangat digalakkan memberi susu pada bayi kerana susu ibu mengandungi antibodi yang kuat, untuk tubuh badan bayi yang baru dilahirkan.  

Menyusukan bayi juga merupakan satu cara mudah dan tradisional jika ibu-ibu mahu kembalikan bentuk badan kembali asal seperti sebelum hamil. 

Apa  yang perlu diingat, ibu yang menyusukan bayi kebiasaanya tidak akan datang bulan seperti sedia kala sepanjang tempoh ibu memberi bayi susu badan sepenuhnya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan