Isnin, 27 Mei 2019

Tip Penyusuan Bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum semua. Hari ini Kak Ros nak kongsikan beberapa tip penyusuan yang boleh digunakan oleh ibu bekerjaya. Dalam proses untuk menyusu anak secara eksklusif sepenuh masa ibu bekerjaya boleh cuba praktikkan cara di bawah

1. Perah susu 2 minggu selepas lahir.

2. Peralatan penyusuan yang digunakan perlulah sentiasa dibersihkan.

3. Pastikan tangan bersih setiap kali ibu mengepam susu dengan alat penyusuan

4. Perah susu selalu supaya kuantiti susu sentiasa banyak. Jika di pejabat, boleh gunakan 10-20 minit masa untuk perah susu

5. Biarkan sementara susu dalam suhu bilik, dan kemudian barulah simpan dalam peti sejuk

6. Ibu-ibu boleh ambil makanan tambahan untuk banyakkan kuantiti susu

7. Rangsang penghasilan susu keluar dengan cepat.  Bila di rumah, beri susu pada bayi. Dan bila waktu bekerja perah susu untuk elak bengkak susu.



Semoga 7 tips ini berguna untuk ibu bekerjaya menyimpan susu untuk bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan