Ahad, 5 Mei 2019

Masker Halia Untuk Rawatan Rambut

Kali ini Kak Ros kongsikan bagaimana mahu membuat sendiri masker untuk rawatan rambut dari halia.  Ia sangat membantu menguatkan kulit akar rambut dan menjadikan rambut kita lebih bersinar dan cantik.

Buat sendiri sahaja tau. Mudah dan senang. Jimat kos pula. Cara-caranya :P

1. Potong halia kecil-kecil, tumbuk atau blender. Kalau takut terlalu halus, boleh tumbuk kasar halia tersebut

2. Campurkan halia tadi dengan kuning telur dan sesudu madu ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan bercampur semua bahan tersebut.

3. Sapu masker tadi ke seluruhan rambut, hingga ke akar dan kulit kepala.

4. Selepas setengah jam, boleh basuh dan bilas dengan air suam. 


Amalkan seminggu 2 kali untuk menguatkan kulit rambut dan memberi sinar pada rambut anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan