Isnin, 18 Mac 2019

Menu Berpantang

Lepas bersalin ibu-ibu akan menjalani proses berpantang lebih kurang 40 hingga 60 hari biasanya. Dan paling lama 100 hari.  Dalam berpantang, menu makanan juga perlu diambil kira terutamanya 40 hari pertama.

Bukan sebarang makanan ibu-ibu boleh makan. Jika makan semua seperti orang sihat, bimbang akan timbulkan gatal, luka lambat sembuh atau akan sebabkan bentan. Makan makanan yang sejuk, sangat perlu dielakkan.

Kadang kala sebenarnya ibu pantang ni nak jemu bila mengadap menu yang sama. Almaklumlah bukan semua makanan mereka boleh makan.

Ini contoh menu makan ibu berpantang (Sumber gambar google)


Nasi sejemput sahaja tau. Tak boleh ambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Sayuran juga celur-celur atau rebus. Sawi, carrot antara yang boleh dimakan.

Ikan merah, ikan kembung, ikan bilis goreng. Ikan pula masak singgang sahaja. Campur pula dengan halia untuk mudah buang angin. 

Elakkan makan buah dengan banyak. Buah agak sejuk juga takut kembang urat. Elakkan minum air dalam kuantiti yang banyak. Takut perut buncit.  Elakkan menu makan pedas kerana ibu-ibu menyusu bayi. Elakkan makan makanan laut, kerana takut gatal atau alergik pada bayi.

Yang penting menu lauknya hanya rebus atau singgang. Atau boleh juga dibakar. Contoh ikan selar bakar. Ayam bakar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan