Isnin, 18 Mac 2019

Morning Sickness

Kita biasa dengar bila ibu-ibu hamil pasti akan mengalami "morning sickness" atau dikenali dengan alahan semasa mengandung. Ada sesetengah wanita alami alahan di awal kehamilan. Ada yang di pertengahan, dan ada juga yang alami alahan sepanjang proses kehamilan 9 bulan.

Harini Kak Ros kongsikan beberapa tip untuk elak "morning sickness" antaranya 

1. Pastikan perut kita sentiasa terisi. Jangan terlalu lapar dan jangan terlalu kenyang. Lapar akan menyebabkan perut mudah masuk angin. Dan secara tak langsung kita akan mudah muntah. Bila tiada makanan yang masuk, maka hanya muntah kosong sahaja kerana angin sudah masuk perut. 

2. Pastikan minum air dengan kuantiti yang cukup. Jangan terlalu banyak minum air manis dan juga berkafein. 

3. Makan dengan kerap tapi elakkan pengambilan makanan yang berat setiap masa. Ini untuk memastikan perut tidak masuk angin untuk mengelakkan muntah yang kerap.

4. Jika alami muntah-muntah, pastikan rehat secukupnya. Jangan lakukan kerja-kerja berat. 

5. Ada kalanya memasak juga akan menyebabkan ibu-ibu mudah alami muntah dan alahan. Dengan itu, elakkan memasak ketika di awal kehamilan. Bau-bau masakan akan menyebabkan kita tak berapa selesa. Ketika waktu inilah suami memainkan peranan penting. Perlu masuk dapur bantu isteri yang sedang alahan. 

6. Elakkan pengambilan makanan yang banyak gula dan garam. 

7. Sentiasa berada dalam keadaan udara segar untuk aliran pernafasan yang baik membantu ibu-ibu lebih sihat dan mengelakkan bau-bauan yang terlebih wangi, atau bau busuk. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan