Khamis, 21 Mac 2019

Peringkat Awal Kehamilan (First Trimester)



Image result for gambar first trimester

(Foto : Carian google)


Bulan pertama hingga bulan ketiga merupakan peringkat awal kehamilan. Atau lebih dikenali sebagai “first trimester”. Ovulasi atau proses persenyawaan sedang berlaku dalam tempoh ini.  Apabila haid wanita lewat seminggu atau lebih, wanita tersebut sudah boleh buat ujian kehamilan untuk mengesahkan samada hamil atau tidak. 2 garis akan timbul pada alat ujian kehamilan tersebut, jika wanita itu hamil.  Ketika ini, 2 cells embrio terbentuk.

Pada bulan kedua (8 minggu) fetus mula terbentuk.  Ketika ini ibu hamil mula mengalami “morning sickness” atau alahan.  Bergantung pada hormon ibu-ibu samada teruk atau sebaliknya.  Alahan ini memang sangat normal berlaku bagi wanita di peringkat awal kehamilan.  Jantung bayi ketika ini mula terbentuk dan berdegup.  Begitu juga dengan pertumbuhan otaknya.

Embrio terbentuk sebaiknya pada bulan ketiga (minggu ke-12).  Dan ketika ini juga alahan mungkin makin berkurangan.  Boleh jadi makin teruk.  Fetus ukurannya sebesar penumbuk atau “plum.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan