Khamis, 21 Mac 2019

SECOND TRIMESTER (PERINGKAT KEDUA KEHAMILAN)


Ketika ibu hamil 4 bulan, bermulalah peringkat kedua kehamilan atau lebih dikenali dengan nama “second trimester.” Ketika ini, tulang bayi juga sudah agak kuat. Dan sudah boleh dilihat melalui x-ray.  Panjang bayi lebih kurang 5 inci.


Image result for gambar second trimester

(Foto : Sumber Google)


Pada bulan kelima kehamilan, ibu sudah boleh merasai bayi menendang.  Jika ibu mula bercakap-cakap dengan bayi, bayi dalam kandungan sudah boleh mula mendengar.  ketika inilah dibacakan aluan ayat al-quran, atau dengarkan muzik yang lembut untuk proses perkembangan bayi.

Dalam tempoh ini juga, ibu akan mula rasa kurang selesa terutamanya bahagian belakang badan, sakit kepala, pening-pening, sakit kaki bila berdiri atau berjalan lama.

Bayi mula terbentuk dengan paras rupa yang molek ketika di akhir minggu 24 atau 6 bulan. Berbaki 3 bulan lagi untuk ibu bersalin dan bayi keluar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan