Khamis, 27 Jun 2019

Cara Untuk Mengawal Selalu Lapar

Assalamualaikum hai semua.

Ada yang cerita bila berpuasa sebulan boleh jugalah berdiet. Tapi bila dah habis puasa, makan makin banyak pula. Rasa macam tak boleh nak control makan. Asyik nak makan dan makan tanpa henti.

Wah, bahaya sungguhkan.

Kak Ros kongsikan sedikit tip untuk mengawal lapar dan kawal makan.

1. Ambil sarapan awal pagi. Sarapan tak boleh tinggal. Bila bersarapan kita tak cepat rasa lapar dan ia memberi tenaga untuk kita terus melakukan aktiviti seharian. Bayangkan jika kita tinggalkan sarapan.  Bila waktu tengah hari, mula rasa lapar. Waktu itulah kita makan dalam kuantiti yang begitu banyak sekali. Tak hirau dah sekelilingkan.

2. Banyakkan minum air masak. Air masak membantu kita untuk mudah detok dan juga untuk mengenyangkan perut.  Minum juga air sebelum kita makan. Secara tak langsung, kita cepat kenyang dan kurangkan kuantiti makan.

3. Pastikan kita ambil protein yang cukup dalam setiap hidangan.

4. Rehat dan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kita mengawal rasa lapar.

5. Yang penting, elakkan stress. Stress sebenarnya akan membuatkan kita makan dan makan tanpa henti. Ada orang yang stress akan makan banyak.

Semoga tip ini dapat membantu kalian yang sedang mengawal rasa lapar untuk berdiet. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan