Sabtu, 27 April 2019

Penutup Pantang

Pernah dengar atau tidak penutup pantang. Orang dulu-dulu memang sudah mengamalkan penutup pantang ini. Ia merupakan sesi rawatan dan urutan akhir untuk ibu yang sudah habis berpantang, dalam tempoh 40, 60,90 atau 100 hari. Tapi rawatan ini juga mengikut adat dan tempat mereka.

Zaman sekarang, sudah ramai juga tukang urut bersalin yang menyediakan pakej penutup pantang.  Dan sudah timbul kesedaran pada ibu-ibu yang berpantang, selepas sahaja hampir tamat tempoh mereka pantang, mereka akan mendapatkan rawatan penutup pantang ini.

Rawatan penutup pantang ini perlu dilakukan untuk mengelakkan angin jahat memasuki tubuh badan dan mengelak sebarang gangguan jin atau makhluk halus. Tambah pula, ketika berpantang ibu-ibu berada dalam keadaan berhadas besar.

Kenapa rawatan penutup pantang ini penting dilakukan :

1. Untuk rawatan akhir dan sebagai tanda sudah tamat tempoh pantang bersalin.

2. Untuk memberi lebih kesegaran tubuh badan kepada ibu yang baru lepas bersalin. Mencantikkan kembali tubuh badan mereka.  Fokus lebih pada kecantikan tubuh badan, bahagian punggung, payudara dan rawatan vagina.

3. Untuk memastikan ibu-ibu telah benar-benar sihat untuk mula melakukan aktiviti harian dan mula bekerja.

4. Selain itu, untuk memastikan rahim dan peranakan telah mula kecut, berada pada kedudukan yang betul dan darah nifas telah habis keluar sepenuhnya.

Apa yang penting sebenarnya, proses rawatan penutup pantang ini untuk memberi lebih kesegaran dan keyakinan kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk kelihatan cantik semula, hilang dari stress, kepenatan sepanjang tempoh bersalin dan berpantang dan juga untuk buang segala angin dalam tubuh badan.



Jika ada yang mahu dapatkan pakej rawatan penutup pantang ini, boleh juga hubungi Kak Ros.
(011-23726123)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan