Ahad, 21 April 2019

Makanan Sunnah Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum semua. Salam hujung minggu.

Hari ini Kak Ros mahu berkongsi tentang amalan pemakanan sunnah yang sangat baik diamalkan, terutamanya oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Atau yang merancang untuk hamil.

Makanan sunnah merupakan makanan yang menjadi makanan amalan oleh Rasulullah s.a.w.  Penting untuk kita menjaga pemakanan yang membawa maksud kita menjaga tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.  Sumbernya pula mestilah daripada rezeki yang halal dan berkat, barulah makanan yang kita beli dan ambil juga diberkati.

Selain itu, makanan sunnah ini untuk kita menjaga tubuh badan supaya lebih sihat, otak lebih cergas dari segi mental, rohani dan jasmani.  Tubuh badan yang sihat, mampu untuk melahirkan insan yang sihat fikiran dan emosi.

Makanan sunnah juga mempengaruhi tumbesaran dan pertumbuhan janin dalam kandungan ibu hamil yang mengamalkannya. Antara makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil ialah :

   Image result for gambar jus delima  

1. Jus pati delima - Buah delima baik untuk sistem penghadaman, dada, paru-paru, meningkatkan stamina, dan mengatasi masalah jantung.  Buah ini mengandungi vitamin A dan C, zat besi, dan kalsium.  Ia bukan sahaja baik diamalkan sebagai makanan kesihatan tapi baik juga untuk ibu-ibu yang sedang hamil.  Jus delima mengandungi "potassium" yang dapat mengelakkan kejang kaki yang sering dialami oleh ibu hamil.  Ia juga sebagai vitamin dan makanan tambahan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.




Image result for buah kurma
2. Buah kurma - Buah kurma memang tak asing lagi, terutamanya dimakan oleh orang Islam ketika berbuka puasa bulan Ramadan.  Buah ini manis dan mengandungi mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan tubuh badan kita. Makan 3 biji buah kurma ketika waktu bersahur juga sudah memberi kita tenaga di siang hari.


Oleh itu, ibu-ibu hamil juga perlu mengamalkan memakan buah kurma ini setiap hari untuk memberi lebih tenaga, dan juga serat vitamin untuk pertumbuhan otak bayi.

Rasulullah bersabda, "Berilah makan kurma pada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil memakan kurma, nescaya anak yang bakal lahir akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."





3.  Minyak zaitun juga merupakan makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu hamil yang dapat membantu mengawal kolestrol, kesihatan jantung, tekanan darah dan sistem imunisasi tubuh badan ibu hamil. Kandungan asid linoleik dalam minyak zaitun adalah sama dengan susu ibu. 

4. Kismis merupakan buah anggur yang mengandungi vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Flavoid ini adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas.  Selain kaya dengan vitamin kismis mampu meningkatkan penumpuan dan memori. 

Image result for kismis
Kismis juga boleh merawat masalah anemia, iaitu kurang darah. Ibu-ibu hamil yang alami masalah kurang darah boleh mengamalkan kismis sebagai makanan tambahan. 

Ibu-ibu hamil, amalkanlah makanan yang berkhasiat terutamanya makanan sunnah yang banyak khasiat. Bukan sahaja untuk kesihatan ibu, tapi bayi dalam kandungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan