Ahad, 14 April 2019

Puasa dan Ibu Hamil

Alhamdulillah, sudah nak masuk Ramadan bulan depan. Kak Ros doakan semoga ibu-ibu hamil terus kuat semangat untuk berpuasa, sebulan dalam bulan Ramadan ini. Tapi jika ada masalah kesihatan, rasa tak sihat atau risau bayi dalam kandungan, kalian diharuskan berbuka.

Mesti ramai ibu-ibu hamil yang rasa syukur sangat jika dapat berpuasa penuhkan. Kadangkala rasa seronoknya kerana tak perlu ganti puasa yang ditinggalkan. Tapi, jika rasa tak larat tak perlulah paksa diri kita. Bimbang masalah kesihatan lain pula timbul. Jika rasa larat dan boleh puasa, adalah lebih baik ibu-ibu berpuasa.

Ibu hamil yang berada pada peringkat awal kehamilan atau dikenali sebagai trimester pertama jika alami masalah mabuk yang teruk, hingga hilang tenaga maka digalakkan berbuka puasa. Biasanya ketika ini, ibu akan mengalami masalah alahan yang agak teruk hingga menyebabkan kurang tenaga dan tidak bermaya. Jangan paksa diri berpuasa jika tidak larat. Diri kita yang lebih tahu, kita larat berpuasa atau tidak. Tak perlulah risau, lepas bersalin dan habis pantang kalian boleh gantikan semula puasa yang ditinggalkan itu.

Dalam Islam juga ada dinyatakan hukum bagi ibu hamil yang meninggalkan puasa.  Seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, mereka memutuskan bahawa wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak yang berbuka puasa ini berada dalam 2 keadaan iaitu :

i. Kalau semata-mata bimbangkan diri sendiri, boleh berbuka puasa dan digantikan sahaja.

ii. Kalau kasihankan janin dan anak yang disusukan, maka bolehla dia berbuka dan membayar fidyah.


Walau bagaimanapun, bagi wanita yang sedang hamil jika berpuasa ikut dan patuhilah arahan yang diberikan doktor.  Ambil vitamin dan makan makanan yang seimbang secukupnya.  Minum air secukupnya, dan bersahur. Patuhi panduan penjagaan makanan dan keadaan kesihatan anak dalam kandungan.

Bulan Ramadan yang datang membawa seribu rahmat pada semua, bukan membebankan umatnya. Jadi janganlah ibu-ibu hamil rasa terbeban dengan kefardhuan daripada Allah swt ini.


Kak Ros
Penjaga Pantang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan