Selasa, 7 Mei 2019

Teh Halia Untuk Kurus

Nak kurus? Jom kita amalkan minum teh halia. Buat sendiri lebih mudah, jimat dan cepat.

1. Ambil lebih kurang sebesar ibu jari halia. Bersihkan kulitnya dan potong nipis-nipis.

2. Masukkan dalam periuk bersama segelas air. Dan rebus selama 10 minit. Campurkan dengan seuncang teh.

3. Bila sudah agak hangat-hangat tuang dalam cawan. Boleh minum campurkan dengan madu atau letak sesudu gula. Tapi sebaiknya tak perlu letak gula

Image result for teh halia


Selain untuk kurus, untuk buang angin dan toksin dalam tubuh badan kita.

Isnin, 6 Mei 2019

Salam Ramadan

Image result for selamat menyambut ramadhan


Alhamdulillah bertemu kita Ramadan kali ini. Selamat menyambut Ramadan untuk semua pembaca blog Kak Ros.  Kak Ros doakan semoga semuanya sihat untuk beribadah pada bulan puasa ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kita sepanjang bulan penuh rahmat ini. 



Kak Ros 
Penjaga PantangC

Ahad, 5 Mei 2019

Masker Halia Untuk Rawatan Rambut

Kali ini Kak Ros kongsikan bagaimana mahu membuat sendiri masker untuk rawatan rambut dari halia.  Ia sangat membantu menguatkan kulit akar rambut dan menjadikan rambut kita lebih bersinar dan cantik.

Buat sendiri sahaja tau. Mudah dan senang. Jimat kos pula. Cara-caranya :P

1. Potong halia kecil-kecil, tumbuk atau blender. Kalau takut terlalu halus, boleh tumbuk kasar halia tersebut

2. Campurkan halia tadi dengan kuning telur dan sesudu madu ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan bercampur semua bahan tersebut.

3. Sapu masker tadi ke seluruhan rambut, hingga ke akar dan kulit kepala.

4. Selepas setengah jam, boleh basuh dan bilas dengan air suam. 


Amalkan seminggu 2 kali untuk menguatkan kulit rambut dan memberi sinar pada rambut anda.

Sabtu, 4 Mei 2019

Kebaikan Halia Untuk Wanita

Entri lepas Kak Ros ada kongsikan kebaikan halia untuk umum. Tapi kali ini Kak Ros kongsikan pula kebaikan halia ini khusus untuk wanita. Halia ini bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman wanita, malah untuk kecantikan juga.

1. Halia membantu untuk mengurangkan berat badan. Amalkan meminum air teh halia sejam atau setengah jam sebelum makan, ia membantu untuk anda kurus.  Kandungan nutrien halia yang menyerap lebih cepat metabolisma dan membuang sisa toksin yang tidak diperlukan dalam badan. Teh halia juga memberi kita lebih mudah kenyang, tak kita berasa tidak terlalu lapar.

2. Halia membantu mengurangkan masalah morning sickness, muntah-muntah dan pening yang sering dialami oleh wanita hamil.  Kandungan khasiatnya yang banyak sangat berguna untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

3. Halia juga membantu mempertingkatkan kesuburan untuk wanita dan lelaki.

4. Halia turut membantu mengurangkan masalah senggugut dan sakit yang dialami wanita datang bulan.

5. Halia untuk kecantikan. Masker dari halia membantu untuk merawat akar rambut supaya lebih kuat dan rambut kelihatan cantik bersinar.

Entri akan datang, Kak Ros kongsikan bagaimana cara untuk membuat teh halia sendiri dan masker halia untuk kecantikan rambut. 



Kak Ros
Penjaga Pantang

Kenali Kebaikan Halia

Rasanya ramai antara kita tahu halia bagus untuk kesihatan dalaman, buang angin dalam badan. Mereka yang mahu berdiet pasti ada amalkan minum air teh halia yang dibeli di pasaran. atau air halia buatan sendiri.

Jom kita kenali lagi beberapa kebaikan halia yang tersembunyi :

1. Membantu memberi kelegaan pada mereka yang alami mabuk laut atau mabuk ketika dalam perjalanan naik kenderaan. Halia boleh digunakan untuk memberi sedikit kesegaran pada mereka yang alami masalah ini.


Image result for gambar halia


2. Mempertingkatkan aliran darah.  Halia mengandungi zat magnesium, cromium dan zink yang membantu mempertingkatkan aliran darah dalam tubuh badan.

3. Rawatan untuk mereka yang alami masalah selsema.  Untuk menghilangkan ketidakselesaan semasa selsema, dicadangkan ambil pati halia sehari dua kali.
.
4. Halia turut membantu mempertingkatkan nutrien dalam tubuh badan kita

5. Untuk mengurangkan risiko pembentukan kanser colon.

6. Halia sangat bagus untuk merawat masalah penghadaman, mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika sakit perut.

7. Mereka yang alami masalah pernafasan seperti batuk, pneumonia sangat digalakkan untuk menggunakan halia sebagai rawatan.

8. Halia turut membantu mempertingkatkan imun dalam badan kita

9. Yang ini paling penting untuk ibu hamil. Halia membantu mengurangkan masalah morning sickness yang dialami oleh ibu hamil di peringkat awal.

Rabu, 1 Mei 2019

Selamat Hari Pekerja

Image result for gambar hari pekerja



Assalamualaikum semua selamat petang. Masih belum terlambat untuk Kak Ros ucapkan SELAMAT HARI BEKERJA kepada semua pembaca blog. Semoga kalian bekerja dengan penuh keikhlasan, dan tunaikan tanggungjawab sepenuh hati. 

Walau apa pun tugas dan pekerjaan kalian, Kak Ros doakan semoga Tuhan sentiasa merahmati dan kita semua mendapat rezeki yang halal.

Selamat Bercuti 

Kak Ros 
Penjaga Pantang

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu Hamil

Pernah dengar minyak kelapa dara? Sebenarnya minyak kelapa dara ini sudah popular sejak zaman dulu lagi. Tapi masyarakat kita sekarang lebih berminat pada produk suplemen sekarang yang berada di pasaran. Minyak kepala dara ini sangat banyak khasiatnya. Jom kita kenali dulu apa itu minyak kepala dara.

Image result for gambar minyak kelapa dara


Minyak kepala dara atau lebih dikenali dengan nama "virgin coconut oil" merupakan makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil dan ibu berpantang. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat usia. Tapi khasiatnya lebih kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi.

Antara kebaikan minyak kepala dara ialah :

1. Mengurangkan morning sickness

2. Mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi bagi ibu hamil

3. Memberi khasiat kepada ibu hamil, dan menjadikan bayi di dalam kandungan juga sihat.

4. Menguatkan rahim (bagi ibu yang pernah keguguran)

5. Mengurangkan sembelit

6. Mengurangkan risiko koyak ketika bersalin



Image result for gambar minyak kelapa dara


Ini antara contoh minyak kelapa dara yang ada di pasaran. Ibu-ibu hamil yang mahu dapatkan minyak ini bolehla cuba belian secara online atau juga cari di kedai, di luar.

Kak Ros ucapkan semoga bertemu dengan minyak kelapa dara yang sesuai untuk ibu hamil.


Kak Ros
Penjaga pantang.