Apakah yang perlu dielakkan jika kalian disahkan mengandung?
Untuk menjaga kandungan supaya berada dalam keadaan sihat dan baik sepanjang proses kehamilan, beberapa perkara perlu diambil berat oleh ibu yang sedang hamil dan juga pasangan.
1. Elakkan mengangkat barang atau bebanan yang berat. Jika dilakukan akan menyebabkan ibu-ibu cepat penat.
2. Elakkan berada dalam keadaan stress, sering menangis atau emosi tidak stabil setiap masa. Keadaan negatif seperti ini akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.
3. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi. Untuk mengelakkan otot tegang, pinggang sakit, terseliuh atau terjatuh.
4. Ibu yang sedang hamil dilarang untuk makan ubat sebarangan. Perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak beri kesan kepada bayi dalam kandungan
5. Ibu hamil juga perlu menjaga kandungan dengan baik, tidak terlalu aktif bergerak atau lakukan aktiviti yang berisiko tinggi untuk elak sebarang masalah pada bayi di dalam kandungan.
Ahad, 31 Mac 2019
Ujian Kehamilan
Perkara pertama yang kalian perlu lakukan jika haid lewat ialah buat ujian air kencing untuk sahkan samada kalian hamil atau tidak. Boleh lakukan seawal 3 atau 5 hari lewat sudah dapat lihat tanda hamil.
Ini merupakan alat ujian air kencing atau dikenali sebagai Urine Pregnancy Test. Boleh dapatkan alat di Farmasi, kebanyakkan dengan harga yang mampu milik. Antara RM10 hingga RM15.
Cara untuk kalian buat ujian ini :
1. Buat ketika awal pagi. Ketika bangun dari tidur
2. Buang air kencing dan simpan air kencing tersebut dalam tiub yang disediakan dalam alat tersebut.
3. Titiskan air kencing pada alat kehamilan. Di ruang yang disediakan untuk dititiskan. Lihat pada alat tersebut
4. Tunggu beberapa saat untuk lihat samada positif atau negatif.
5. Jika keluar satu line merah tandanya negatif. Tidak hamil
6. Jika double line merah menandakan kalian hamil. Tahniah!
Alat ujian kehamilan ini 99% berkesan. Untuk lebih kepastian, kalian boleh buat ujian kehamilan di klinik. Kebanyakkan cara yang sama juga digunakan oleh doktor. Tapi di klinik, kalian boleh dapatkan tarikh jangka bersalin melalui kiraan tarikh akhir kalian datang haid.

Period Lewat?
Sudah lebih seminggu haid lewat? Kalian ambil peduli atau tidak. Pastikan kalian ambil tahu bila tarikh kedatangan haid seterusnya, sebab itulah pentingnya kita mencatat setiap kali haid datang. Untuk kita buat kiraan tarikh kedatangan haid akan datang.
Jika sudah lewat seminggu itu adalah tanda awal mungkin kalian mengandung. Apa yang kalian perlu lakukan? Amat penting lakukan ujian air kencing, untuk pastikan samada hamil atau tidak. Jika hamil bolehlah buat persediaan seterusnya. Yang utama, perlu jaga kandungan di peringkat awal lagi untuk mengelak sebarang masalah lain di kemudian hari.
Jika tidak disahkan hamil, boleh usaha lagi dan jangan mudah putus asa. Dan kedatangan haid itu lewat mungkin disebabkan beberapa faktor. Nanti Kak Ros akan kongsi dalam entri lain antara sebab kenapa haid lewat.
Pakej Rawatan Ibu Berpantang, Pengurusan Bayi dan Masakan Pantang Siap Masak
Yang ini Kak Ros sediakan pakej lengkap memudahkan ibu-ibu dan suami yang menyambut kedatangan keluarga baru.
PAKEJ RAWATAN IBU BERPANTANG, PENGURUSAN BAYI DAN MASAKAN PANTANG SIAP MASAK
Pakej ini sangat membantu suami, tak perlu pening kepala mahu fikir menu apa yang isteri makan untuk pantang. Semuanya Kak Ros telah sediakan.
Boleh pilih mahu berapa hari yang kalian mahukan.
Untuk sebarang pertanyaan, kalian boleh www.wasap.my/601123726123
Pakej Rawatan Ibu Berpantang Dan Pengurusan Bayi
Yang mahu dapatkan PAKEJ RAWATAN IBU BERPANTANG & PENGURUSAN BAYI boleh www.wasap.my/601123726123
Mahu tanya, mahu booking semua boleh ya.
Kak Ros
Penjaga Pantang
Jumaat, 22 Mac 2019
Peringkat Akhir Kehamilan
Foto : Carian Google

Trimester akhir
ini dalam tempoh 3 bulan terakhir.
Pertumbuhan bayi mula berkembang dengan baiknya terutamanya bunyian dan
persekitaran. Panjang bayi lebih kurang
13 inci.
Ketika usia kandungan 8 bulan, bayi terbentuk dengan rupa
paras dengan organ-organ yang sempurna.
Hati jantung juga berdegup sentiasa.
Pergerakan bayi juga sudah boleh dirasai samada aktif atau tidak.
Ketika tempoh akhir kehamilan, minggu ke 36 ibu mula merasai
tidak selesa dan sukar untuk tidur. Bayi
sudah mula membesar, dan semakin kerap bergerak.
Ketika ini, hanya tunggu tempoh untuk bayi dilahirkan. Minggu ke-36 hingga ke- 40
Khamis, 21 Mac 2019
SECOND TRIMESTER (PERINGKAT KEDUA KEHAMILAN)
Ketika ibu hamil 4 bulan, bermulalah peringkat kedua
kehamilan atau lebih dikenali dengan nama “second
trimester.” Ketika ini, tulang bayi juga sudah agak kuat. Dan sudah boleh
dilihat melalui x-ray. Panjang bayi
lebih kurang 5 inci.

(Foto : Sumber Google)
Pada bulan kelima kehamilan, ibu sudah boleh merasai bayi menendang. Jika ibu mula bercakap-cakap dengan bayi, bayi dalam kandungan sudah boleh mula mendengar. ketika inilah dibacakan aluan ayat al-quran, atau dengarkan muzik yang lembut untuk proses perkembangan bayi.

Dalam tempoh ini juga, ibu akan mula rasa kurang selesa
terutamanya bahagian belakang badan, sakit kepala, pening-pening, sakit kaki
bila berdiri atau berjalan lama.
Bayi mula terbentuk dengan paras rupa yang molek ketika di
akhir minggu 24 atau 6 bulan. Berbaki 3 bulan lagi untuk ibu bersalin dan bayi
keluar.
Langgan:
Ulasan (Atom)