Isnin, 28 Januari 2019

Tip Hamil

Tek : Rosnani Hashim


Alhamdulillah bila dah selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri, apa yang sentiasa
ada dalam fikiran kita mestilah kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Juga sebagai 
pengikat cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

Hari ini Kak Ros kongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri yang 
merancang untuk mendapat cahaya mata.

Antara tip yang boleh dipraktikkan ialah

1. Isteri perlu pastikan kitaran haidnya normal. Haid datang setiap bulan mengikut kitaran yang betul. Perlu sediakan kalender, dan tanda bila hari pertama haid datang setiap bulan. Jadi secara tak langsung kita boleh buat kiraan bila waktu subur. 

Kitaran haid yang tidak normal, akan mengganggu hormon kesuburan. Jika kalian hadapi masalah ini, berjumpalah dengan pakar terlebih dahulu untuk memastikan haid datang secara teratur sebelum merancang untuk hamil. 

2. Ambil suplemen terutamanya asid folik 3 bulan sebelum rancang untuk hamil. Amalan pengambilan asid folik antaranya boleh menghalang kecacatan tiub saraf pada bayi. Boleh juga amalkan makanan sunnah yang lain, seperti jus delima, kurma, kismis. Untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita.

3. Jaga pemakanan untuk suami dan juga isteri. Pastikan berat badan sentiasa dalam keadaan yang sesuai, untuk mengelakkan obesiti. Obesiti juga salah satu faktor menyebabkan kesukaran untuk hamil, selain mengganggu hormon dalam badan.

4. Pastikan kalian suami isteri mengadakan hubungan seks ketika waktu subur. Ini adalah antara 
langkah untuk mempercepatkan lagi persenyawaan berlaku. Itulah pentingnya isteri mengetahui waktu
subur, dan mencatatkan bila haid datang.

5. Elakkan stress. Stress hanya akan menambah ketegangan, ketidakselesaan dan ia juga akan 
mengganggu hubungan suami isteri.

Dan yang penting sekali, kerapkan lah berdoa. Mohon pada Allah kurniakan zuriat sebagai tanda dan 
pengikat kasih sayang. Usah putus asa berdoa dan berusaha, selagi belum ada rezeki.


Kak Ros
Penjaga Pantang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan