Rabu, 17 Julai 2019

Apa Itu Stretch Mark?

Image result for penyebab stretch mark saat hamil


Biasa dengar stretch mark?

Stretch mark biasanya berlaku pada wanita hamil. Hampir semua wanita hamil mengalami masalah ini. Kadang kala kita akan rasa comot dan tak cantik bila stretch mark mula muncul di bahagian-bahagian tertentu pada badan. 

Tanda ini muncul pada kulit  kerana berlakunya perubahan hormon pada badan wanita yang hamil. Ketika hamil, rengangan kulit berlaku dan akibatkan stretch mark yang bewarna merah keunguan. Wanita yang mengalaminya juga akan turut merasa gatal di kawasan sekitar stretch mark tersebut. 

Kebiasannya ia timbul pada perut, bahagian peha atas, payudara atau pinggul.  Walau bagaimanapun, stretch mark muncul juga kerana perubahan berat badan yang melampau atau obesiti. 

Stretch mark akan pudar dengan sendirinya selepas 6-12 bulan wanita bersalin. 

Antara tip yang boleh dipraktis adalah 

1. Wanita hamil perlu amalkan makanan yang sihat. Perbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin serta makanan yang bernutrisi.

2. Melakukan senaman hamil 

3. Memakai / menyapu losyen Vitamin E pada perut, peha, pinggul untuk memberi kelembapan pada kulit dan mengurangkan rasa gatal akibat stretch mark.

4. Elakkan makan makanan yang berlemak, kandungan tinggi garam atau bahan pengawet.

5. Minum air masak secukupnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan