Selamat bercuti semua. Semoga tenang-tenang dan gembira habiskan masa besama keluarga tersayang.
Selasa, 30 Julai 2019
Ahad, 28 Julai 2019
Makanan Yang Dilarang Makan Oleh Ibu Berpantang
Ibu-ibu yang sedang berpantang, ada beberapa makanan yang dilarang dimakan sepanjang tempoh berpantang. Jika dimakan, akan mengakibatkan sakit perut, luka dalam perut lambat sembuh, beri kesan pada bayi yang minum susu ibu atau boleh juga akibatkan bentan.
Durian
Pulut
Air batu
Lada merah, lada hijau ataupun cili api
Tapai ubi dan tapai pulut
Ikan yang mempunyai sengat contohnya keli
Rabu, 17 Julai 2019
Apa Itu Stretch Mark?
Biasa dengar stretch mark?
Stretch mark biasanya berlaku pada wanita hamil. Hampir semua wanita hamil mengalami masalah ini. Kadang kala kita akan rasa comot dan tak cantik bila stretch mark mula muncul di bahagian-bahagian tertentu pada badan.
Tanda ini muncul pada kulit kerana berlakunya perubahan hormon pada badan wanita yang hamil. Ketika hamil, rengangan kulit berlaku dan akibatkan stretch mark yang bewarna merah keunguan. Wanita yang mengalaminya juga akan turut merasa gatal di kawasan sekitar stretch mark tersebut.
Kebiasannya ia timbul pada perut, bahagian peha atas, payudara atau pinggul. Walau bagaimanapun, stretch mark muncul juga kerana perubahan berat badan yang melampau atau obesiti.
Stretch mark akan pudar dengan sendirinya selepas 6-12 bulan wanita bersalin.
Antara tip yang boleh dipraktis adalah
1. Wanita hamil perlu amalkan makanan yang sihat. Perbanyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin serta makanan yang bernutrisi.
2. Melakukan senaman hamil
3. Memakai / menyapu losyen Vitamin E pada perut, peha, pinggul untuk memberi kelembapan pada kulit dan mengurangkan rasa gatal akibat stretch mark.
4. Elakkan makan makanan yang berlemak, kandungan tinggi garam atau bahan pengawet.
5. Minum air masak secukupnya.
Air Detoks
Orang kata nak buang angin dalam badan boleh cuba minum air detoks. Sekarang ni mudah sangat untuk kita buat sendiri. Bahan pun mudah dapat. Apa kata cuba sendiri gunakan resipi ini.
Bahan-bahan :
1. 2 batang serai
2. Beberapa helai daun pudina
3. Sebiji lemon hiris halus
4. 2 biji asam boi
5. Laici
6. Beberapa hiris timun potong halus
7. Air batu
Caranya :
1. Campurkan semua bahan dalam jug dan kacau rata. Masuk dalam peti sejuk dulu beberapa jam biarkan airnya sejuk.
Boleh minum bila-bila masa. Air detoks bukan hanya untuk buang toksin dalam badan, tapi juga untuk rampingkan pinggang dan wajah berseri.
Cubalah!
Bahan-bahan :
1. 2 batang serai
2. Beberapa helai daun pudina
3. Sebiji lemon hiris halus
4. 2 biji asam boi
5. Laici
6. Beberapa hiris timun potong halus
7. Air batu
Caranya :
1. Campurkan semua bahan dalam jug dan kacau rata. Masuk dalam peti sejuk dulu beberapa jam biarkan airnya sejuk.
Boleh minum bila-bila masa. Air detoks bukan hanya untuk buang toksin dalam badan, tapi juga untuk rampingkan pinggang dan wajah berseri.
Cubalah!
Selasa, 2 Julai 2019
Pakej Rawatan Ibu Berpantang Bulan Julai
Alhamdulillah penutup bulan Jun yang sangat baik. Terima kasih Kak Ros ucapkan kepada semua yang telah menggunakan servis dan perkhidmatan berurut Kak Ros Pantang. Kak Ros doakan semoga ibu-ibu semakin sihat. Anak-anak mereka juga membesar dengan sihat.
Untuk bulan Julai, Kak Ros sertakan pakej yang ditawarkan.
Untuk yang mahu dapatkan pakej rawatan ibu berpantang dan pengurusan bayi boleh hubungi Kak Ros (www.wasap.my/601123726123)
Langgan:
Catatan (Atom)